Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011....Selamat Tinggal 2010..!!

Macam-macam perkara telah berlaku dalam 2010 sama ada suka dan duka... Segala yang ku lalui akan ku simpan dan terpahat dalam hati ini. Banyak perkara yang aku lalui dan pelajari untuk menjadi insan yang berguna... Banyak kenangan yang tercipta dalam tahun 2010 dan yang paling aku tak boleh lupa aku dapat tahu bahawa seorang teman yang aku kenali itu adalah seorang yang hipokrit dan tidak jujur dalam berkawan.. Perwatakannya tidak menggambarkan dia seperti itu tetapi apakan daya kita tidak boleh menilai seseorang itu dari luaran tetapi dari dalamannya, itu yang paling penting... Mungkin ada hikmah nya setiap apa yang berlaku.. 

Azam baruw ku untuk tahun 2011 ini, aku ingin menjadi insan yang berguna, solehah dan berguna di dunia dan akhirat. Aku ingin mencapai targetku iaitu mendapatkan sijil diploma dan menyambung pelajaran pada peringkat yang seterusnya iaitu degree.. Insya'allah segala yang baik akan ku ambil dan segala yang buruk akan ku perbaiki... Semoga tahun baruw ini akan lebih bermakna untuk diriku dan anda semua.. Insya'allah... Aminn...



P/s: Semoga kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.. Insya'allah and don't ever give up in your life!! Open New Chapter, Close Old Chapter... ^_*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...