Tuesday, March 8, 2011

10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu..


  1. Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada di langit dengan kadar satu bintang satu saat, anda memerlukan masa 3,000 tahun untuk mengira kesemuanya.
  2. Lebih 2,500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan untuk orang tangan kanan.  Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal, sama seperti gorila dan chimpanzee.
  3. Cuba teka, hidung labah-labah terletak di mana? Jawapan ialah pada kakinya... Keistimewaan ini membolehkan labah-labah mampu mengesan bau musuh, pemangsa atau psangannya.
  4. Gajah hanya tidur dua jam sehari, tetapi gorila dan kucing 14 jam manakala tiram boleh bertukar jantina.
  5. Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80 peratus hayatnya semata-mata untuk tidur!
  6. Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala buaya pula tidak boleh mengundur.
  7. Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada suatu ketika dan jika kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.
  8. Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.
  9. Disebabkan kandungan silikon yang banyak, kaca mempunyai kelebihan takat lebur yang sangat tinggi iaitu 1,710 darjah celcius.
  10. Ahli psikologi deria yang juga pakar runding wangian, Avery Gilbert berkata, bau adalah molekul yang cukup ringan untuk terapung di udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...