Assalamualaikum and hye guys!
I wanna share with you something… Seriously, Sem 5 adalah
Semester yang paling tough bagi aku. Why?? Sebab Semester 5 adalah semester
yang terakhir untuk belajar sepanjang degree nie. After this, Sem 6 aku dah
praktikal. So, this is the final I went to class. Sem 5 juga adalah semester yang paling banyak
subjek untuk final dan paling maximum credit hours! Boleh dikatakan semua
PALING lah SEM 5 nie. But, Thank GOD! Alhamdulillah aku dapat lalauinya dengan
tabah dan cekal. Segala cabaran aku cuba tepis and setiap kali kalau aku
stress, aku hanya mampu mengadu pada Allah.. Itulah pengubat ketenangan yang
paling mujarab sekali selain daripada share with my family and friends.
Sem 5 aku ambil 7 SUBJEK! Yess! 7 yer uolls. Dan ketujuh
tujuh subjek tu pun ada final paper. Before this, kalau aku ambil 7 subjek, 5
final dan 2 tak final. Tapi, sem nie fuhhh semua final. Dan kalau nak tahu sem
ni juga lah sem yang paling lama aku exam. Boleh dikatakan sebulan jugak lah.
Start daripada first date final exam dekat UiTM hinggalah last date final exam.
Ahaaa, dan setiap satu subjek ke satu subjek hanyalah mempunyai jarak 2 atau 3
hari. Dan second and last paper tue jaraknya hanyalah sehari. Can you imagine??
Selama sebulan aku kena mengadap buku! Huhuu… One paper by
one paper until last paper! Hmm hanya Tuhan saja yang tahu betapa saat yang
mencabar bagi aku lalui as a student. Alhamdulillah berkat kesabaran untuk
laluinya tue aku Berjaya tamatkan exam..hahah! Baru Berjaya tamatkan exam bukan
dapat result lagi! Huh…So excited walaupun belum tahu result lagi. You know
what, setiap kali exam mesti semasa jawab cakap kenapa lah sem nie paper banyak
susah.. Really difficult and no hopeless untuk dapatkan DEKAN. Aku doa semoga
Allah membantu aku dan kalau ada rezeki adalah. Sampaikan aku rasa nak menangis
sebab terasa susah sangat. Time jawab tue pun aku berserah and aku jawab jer
semampu aku boleh. Yes I’ve tried my best and always pray to Allah. Hopefully
everything is fine. Semua kawan-kawan pun dah start risau, they said yang final
kali ni sangat susah. But, ada juga
paper yang senang tapi tak semua lah. Kalau dalam satu subjek tue certain part
senang certain part susah. Tapi, yang tu biasa lah. Kalau tak susah bukan
namanya DEGREE kan?
For those yang pernah laluinya mesti ada experience yang
berbeza sepanjang degree nie. Okeyh, berbalik pada main entry aku kali nie….Sebenarnya
aku nak cerita yang segala kesusahan yang aku lalui akhirnya membuahkan hasil
walaupun tak lah segempak budak-budak yang top dalam kelas aku. Tapi, Alhamdulillah
aku bersyukur sangat-sangat and tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.
Walaupun Impian aku masih belum di genggam tapi Ia sudah semakin hampir.
Mungkin rezeki untuk mengenggam impian DEKAN itu belum terlaksana tapi aku
bersyukur sangat and unexpected bila aku tengok result semalam.
Yes..Rezeki dari Allah.. Berkat doa my parents, kawan-kawan,
adik-adik aku dan aku sendiri Allah memakbulkan doa aku. Aku telah cuba sedaya
upaya dan akhirnya membuahkan hasil. Walaupun aku tak berapa nak percaya sebab
after exam aku estimate gred apa yang aku mampu capai setelah aku menjawab exam
tue. That’s why bila aku tengok result tu balik macam tak percaya. Result Sem 5
lagi tinggi pada result Sem 3 dan 4. Padahal Sem 5 lah paling susah bagi aku
dan banyak sangat halangan aku kena tempuh dengan research proposal nya lagi.
Tapi, Alhamdulillah Allah memberi rezeki pada aku. Maybe korang baca entry nie
seolah-olah aku dah Berjaya mengenggam keputusan yang terbaik kan. Tapi, bagi
aku keputusan yang terbaik adalah apabila kita mengenggam kejayaan yang tak
pernah kita sangka setelah mengharungi cabaran dan kesusahan selama berada di
Sem 5 ni.
Dan hari ini aku terfikir, kenapa semasa di Sem 5 yang susah
ini aku mampu Berjaya mencapai result yang paling bagus dari sem-sem yang lain
padahal sem 3 dan 4 lagi senang pada sem 5. Mungkin semasa di sem 3 dan 4 aku
banyak main dan aku jarang melakukan solat-solat sunat. Tapi, Alhamdulillah di
Sem 5 aku cuba untuk melakukan solat-solat sunat terutamanya solat duha,
tahajud dan hajat. Yer, semua nie kebesaran Allah sebab apabila hambaNya
sentiasa berusaha untuk dekat denganNya maka Dia akan memberi Rezeki dan
memakbulkan doa-doa setiap hambaNya. Alhamdulillah….Kalau anda semua tak
percaya, cubalah..
Inilah dikatakan REZEKI DARIPADA ALLAH…..Walaupun kita lalui
itu sangat sukar tetapi Allah mudahkannya. Dan Manusia akan berkata kita tidak
mampu menggapainya tetapi Allah Maha Berkuasa. ‘Kunfayakun’ kalau ia nak jadi
maka jadilah ia. Tiada yang mustahil bagi Allah. Semuanya bergantung kepada
Dia. Jangan sesekali mencari kenikmatan DUNIAWI sehinggakan melupakan AKHIRAT.
Pengajaran yang aku nak nyatakan di sini walau berusaha mana kamu sekalipun
tapi kalau bukan dengan pertolonganNya maka impian kamu itu tidak akan dapat
kamu genggam. Ya, mungkin sem ini rezekiku untuk mendapat DEKAN tidak tercapai
tapi aku akur pada Kuasanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi, aku
bersyukur sangat dengan pemberianNya yang cukup membuatkanku tersenyum dengan
segala cabaran yang ku lalui selama berada di semester 5 ini.
Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Walaupun semester 5 aku
tak Berjaya mengenggam DEKAN tapi Alhamdulillah semester 6 masih ada. Hehe,
Semester 5 bukan penamat bagi degree cuma penamat bagi pembelajaran aku di
kuliah. Semester 6 aku sudah praktikal dan sambil itu aku perlu menyiapkan
research aku. Itulah adalah subjek yang paling penting untuk menamatkan degree
aku dan mungkin ianya akan memberi cabaran yang baru bagi aku. Semoga Allah
mempermudahkan segalanya. Dan semoga rezekiku untuk mengenggam impian itu
terlaksana di Sem 6. Aminnn…
Kepada anda semua, percayalah walau sesibuk mana kita
sekalipun sama ada untuk Berjaya dalam pelajaran mahupun pekerjaan tetapi
sentiasalah dekat denganNya. Sebagai umat islam kita wajib melaksanakan
perintahNya dan ditambah dengan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan
untuk menambahkan keimanan kita kepadaNya… Aku berpegang pada Doa ini:
Wallahualam….
P/s: Tahniah kepada kawan-kawan ku yang Berjaya memproleh
keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga pada adik aku kerana Berjaya memproleh
DEKAN….Aku tahu kau pasti mampu dan kau sudah memberi kegembiraan kepada mama
dan abah walaupun aku tidak mampu lagi untuk memprolehnya.. Tapi, percayalah
aku pasti akan berusaha…. :)