Wednesday, December 29, 2010

The Best Moment In 2010 *Malaysia Win Piala Suzuki AFF*

Assalamualaikum....Alhamdulillah finally Malaysia win this game!! This is the best moment for this country. Sekarang aku boleyh tengok ramai tengah hangat meperkatakan isu ini. Macam-macam boleh kita tengok terutamanya dalam media, facebook, twitter and banyak lagi lar.. I'm proud wif team Malaysia mlm nie sbp dorang dapat beraksi dengan begitu baek sekali. Tahniah jugak dekat Indonesia sebab dapat jaringkan dua gol dekat stadium sendiri tapi rezeki memihak kepada Malaysia. Kalau dah rezeki tue tak kemana. Erm, cuma aku tak paham sikit kenapa lar Indonesia nie benci sangat dengan Malaysia padahal kita takde lar buat jahat kat diorang tapi dorang nie sedikit emo lar. Macam-macam aku baca dalam surat khabar pasal dorang provok malaysia. Huh, tapi alhamdulillah aku happy sangat bila Malaysia menang and dapat lar buat mulut Indonesia tutup. Tapi aku tengok ada jugak segelintir penduduk seberang sana still tak puas hati dengan kita event dorang kalah..Huh, dorang nie pelik betul lar. Biasa lar tue adat main kalah menang. 


Aku tabik spring sangat dengan pemain Malaysia Khairul Fahmi sebab dia tangkas tangkap bola bila Indonesia banyak mengasak. Saffee Sali pulak good job sebab dia adalah penjaring terbanyak untuk piala suzuki nie..Alhamdulillah Malaysia dapat jugak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh menjadi pelapis untuk membawa banyak kemenangan lagi di masa hadapan terutamanya di peringkat antarabangsa dan boleh setaraf dengan liga-liga Inggeris..Huhu. Selain daripada itu, pemain-pemain lain pown menunjukkan konsisten yang sangat baik semasa bermain. Tahniah juga kepada jurulatih Malaysia Rajagobal dan semua lar yang terlibat. Happy sangat sebab semua pemain Malaysia berasal dari Malaysia dan bukan pemain import seperti pemain Indonesia. Sekarang kita dapat buktikan dekat semua orang yang kita juga sama hebat dengan diorang. Harap-harap kejayaan ini membuka langkah yang baru untuk Malaysia terus melangkah lebih jauh lagi.


Fuhh, bila Malaysia dah menang nama pemain-pemain kita terus melonjak naik terutamanya Khairul Fahmi dan Saffee Sali. Mana tak nye Khairul Fahmi penjaga gol yang sangat hebat apabila dia dapat menangkap bola dengan tangkas manakala Saffee Sali pula ialah pemain yang paling menjaringkan banyak gol. Aku boleh tengok dekat facebook aku ramai yang hangat memperkatakan pasal diorang nie. Haha gadis-gadis di luar sana sudaa mula jatuh hati kepada Khairul Fahmi a.k.a Incik Apex yang berasal dari Kelantan nie. Aku pown boleh dikatakan minat jugak lar tapi takde lar fanatik sangat..Haha minat kepada cara permainan dia jer tak lebeyh pown..Huhu, jangan salah sangka. ^_* 


Nak minat kat dia lebeyh2 pown ner boleyh sebab dia sudah berpunya...Jeng3! hehe. Aku baruw terbaca blog gf dia tadi. Macam-macam dia tulis pasal love story diorang macam cter novel gitu. Haha, Khairul Fahmi dah boleh menggantikan Aidil Zafuan and Zakuan Adha. Betul tak gitu?? Skrg Gf dia pown sudah femes. Biasa lar kalau dah baik dengan orang yang femes confirm lar dia punya kenalan rapat atau kata lain teman istimewa kena lar tempias femes jugak. Huhu, nasib baek aku takdek kenalan rapat yang femes kalau tak termasuk aku pown femes sekejap..Hua3, aku seakan sudah berangan pulak! Kalau korang tak percaya ini haa blog gf dia http://jejariruncing.blogspot.com/ tengok lar kisah cinta diorang. Huhu...


Bagi aku apa-apa pown yang penting dia sangat hebat dan boleyh pergi jauh lagi selepas nie.. Syabas untuk pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya kerana dapat beraksi dengan baik walaupun pelbagai provokasi dilemparkan oleh penduduk Indonesia.. I'm Proud to be Malaysian People! I'm proud of Malaysia...
So, after nie rakyat Malaysia haruslah sentiasa menyokong Malaysia event diorang kalah tetapi semangat kesukanan yang penting dan jangan sekali-kali mengutuk diorang ok?? Majulah sukan untuk negara..yeahh!

Yeahh! kejayaan Milik Malaysia.

Congrats Malaysia!

Jejaka pujaan rakyat Malaysia..
(Khairul Fahmi a.k.a Incik Apex)

Penyelamat Malaysia a.k.a Hero Malaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...