Pejam celik pejam celik hampir 1 bulan aku praktikal dekat pejabat pentadbiran UiTM Pahang. Macam-macam aku dapat belajar di pejabat and aku dapat rasa bagaimana bekerja di pejabat setelah sekian lama aku belajar.. Huhu... Aku ingat lagi pertama kali aku nak praktikal kat pejabat tue.. Fuhh!! Punya lar gabra tak terkata.. Hahah... Macam-macam aku bayangkan, "Camner lar nnti kat sner ea??". Hahahah...Sumer itu hanya mainan perasaan jer..
Masa mula-mula aku masuk aku nak cari orang yang menjadi supervisor aku iaitu Pn. Zaleha seperti yang diberitahu oleh pensyarahku En. Zul. Aku pelik bila aku sebut jer pasal Pn. Zaleha diorang cakap Pn. Norleha bukan Pn. Zaleha... Rupa-rupanya supervisor aku tue namanya Pn. Norleha dan bukan Zaleha seperti yang di maklumkan oleh En. Zul. Aku fikir jgk naper lain sgt?? hahaha.. Tak kan lar aku salah dengar kan tapi memang betul lar En. Zul bagitahu nama tue and lastly aku dapat tahuw rupanya En. Zul yang tak tahu nama dia tue sebenarnya Norleha.. Hahah, lawak betul lar! Nasib baek lar aku tak sebut nama dia depan supervisor aku tue. Kalu tak, tak pasal-pasal hari first dah kena sebab salah nama.. Huhu.. Tapi alhamdulillah supervisor aku tue sporting.. Boleh dikatakan semua staf kat pejabat pentadbiran tue sporting and akak-akak kat situ memang baik.. Supervisor aku tue pown sporting and aku panggil dia dengan panggilan k.leha jer..Haha, sebab semua orang bahasakan dia begitu..
Aku dapat kenal dengan kawan baruw dari POLISAS. Budak poli tue dua orang, dia pown praktikal kat situ. Tapi rupanya dia lagi awal masuk daripada aku.. Dia dah praktikal kat situ dah sebulan lebih. Huhu, so aku lar budak baruw kat situ. Ermmm... Diorang ambil Diploma Sains Kesetiausahaan lebih kurang dengan Office Management lar tapi lan sikit sebab diorang betul-betul ke arah secretary tapi aku tak. Aku mana-mana pown boleyh campak, bak kata Lecturer aku.. Yer lar kos kami nie belajar semua so, xdek lar specific sangat ke arah secretary. Huhu.. Haa, diorang memang best! First impression aku lain tapi bila dah kerja kat pejabat tue terus berubah rupanya pejabat tue sangat best.. Hahah, macam-macam aku dapat belajar bila dah bekerja nie. Terasa macam dah betul-betul macam bekerja walaupun ini hanya praktikal.. :)
Haaa....nak dijadikan cerita masa aku mula-mula start kerja tue aku tengok budak-budak lain pergi kelas terasa rinduw pulak dekat kawan-kawan aku and terasa nak pergi kelas jugak.. Huhu, memang lar bak kata orang kalau dah bekerja mesti kita rasa teringin pulak nak belajar. So, betapa pentingnya and hebatnya penangan belajar tue! Huh, jadi semasa belajar tue belajar lar betul-betul and jangan sia-siakan waktu belajar sebab kalau kita sia-siakannya kita tak kan dapat balik seperti dluw.. Erm, memang betul lar aku rasa kalau nak di beri pilihan aku rasa seronok belajar daripada bekerja. Bekerja nie penat sikit lar tapi kalau belajar dia boleh happy-happy sikit even penat otak tapi bukan penat fizikal seperti bekerja nie.. Huhu, betul tak??
Btw, next week ari sabtu and ahad aku ada family gathering untuk staf-staf pejabat pentadbiran lar.. And kami 4 orang budak praktikal pown termasuk sekali untuk join family gathering nie dekat Janda Baik tue! huhu..tak pernah pergi sana tapi lalu pernah lar.. Erm, mula-mula engatkan kami kena bayar tapi tup-tup ada orang yang bermurah hati sponsor! Fuhh, nak tak nak kami kena pergi jugak lar dah ada orang nak sponsor kan.. Orang yang sponsor tue pown tak lain tak bukan bos dekat pejabat pentadbiran tue jugak.. Syiok gler ahh! Alhamdulillah....kalu tak kita orang kena bayar lebih kurang RM100 lebih sowang.. Dah lar staf kat situ cakap hotel 5*. Tak tahuw lar betul ker tak.. Tapi bagi aku tak kisah lar janji ada orang sponsor kn.. Huhu...Thanx a lot to our big boss! We really really appreciate it.....
*I Like to share some quotes to all my readers*