Wednesday, December 8, 2010

Apa itu Cinta??

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...Hari ini aku akan bercerita tentang cinta....Bagi kamu semua apakah maksud cinta??  Bagi aku Cinta adalah sesuatu anugerah daripada Allah kepada umatnya....Cinta itu secara semula jadi lahir dari hati yang suci. Cinta boleh di lihat dari pelbagai sudut sama ada antara pencipta dengan hambaNya, manusia sesama manusia ataupun manusia dengan kehidupan yang hidup termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya....Cinta yang paling penting dalam hidup aku ialah:


1.  Cinta kepada Allah (Cinta yang paling Agung)
2.  Cinta kepada Kedua Ibu Bapa
3.  Cinta kepada Adik Beradik
4.  Cinta kepada Saudara Mara
5.  Cinta kepada Sahabat
6.  Cinta kepada Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan


Semua ini adalah cinta yang paling bermakna dalam hidup aku....Tapi, ada sesuatu yang tertinggal dan aku tak nyatakan di atas....CUBE TEKA?? hehe...Cinta aku kepada seorang insan yang bakal bergelar Suami...Ini juga adalah cinta yang paling penting dalam hidup aku tetapi aku tidak nyatakan lagi kerana aku masih belum mempunyai suami..Huhu, jadi bagi aku cinta kepada kekasih a.k.a pakwe tiada dalam hidup ku kerana cinta kepada kekasih a.k.a pakwe belum tentu akan membawa kita ke gerbang perkahwinan....Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan bagi aku ini lah cintaku yang tidak ternilai....Tetapi, hari ini aku dapat lihat ramai manusia terjebak dengan gejala sosial kerana terlalu cintakan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan mereka lupa kepada Pencipta yang Maha Esa....Mereka terlalu asyik kerana di buai CINTA...
Semua itu boleh merosakkan akidah mereka kerana terlalu menagungkan manusia sehingga mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan di larang dalam Islam....Kerana Cintakan pasangan terutamanya perempuan mereka sanggup menggadaikan maruah mereka untuk pasangan mereka kerana mereka takut akan kehilangan insan yang mereka cintai....Adakah itu dinamakan CINTA????  Cuba kita berfikir sejenak.....Semua ini hanya boleh merosakkan mereka dan menyebabkan mereka boleh melakukan dosa besar yang kedua iaitu membuang anak....Kita boleh lihat apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, banyak pembuangan bayi yang tidak berdosa dalam masyarakat kita sekarang....Semoga kita semua di jauhi daripada semua itu...Oleh itu, Cinta kepada pasangan yang belum berkahwin mestilah berpada-pada dan berpandukan kepada syariat dan akidah yang betul....Yang paling penting adalah diredhai oleh Allah S.W.T.  Semoga kita semua dijauhi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita dan diberkati oleh Allah...Amin....


p/s:  Cinta kepada Manusia biarlah berpada-pada tetapi Cinta kepada Allah biarlah melebihi segala-galanya....
           Cinta kepada Manusia kita akan kecewa tetapi Cinta kepada Allah kita tidak akan 
         kecewa.....   

Wallahualam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...