Thursday, December 30, 2010

Hang Out in Kuantan..

The day I am hang out wif my family went to Kuantan...
(29 Disember 2010)
I want to share my picture that I have snap. 
Enjoy + Fun! :)

.:k.bie n me at E-Coast Mall:.

.:weee!:.

.:This is Me:.

.:The best part Scenery at Kuantan River:.

.:k.bie & adik:.

.:Behind Kuantan River, Pahang:.

.:My lil sis:.

.:Snap by K.bie:.

.:U look so happy my sis! hee :) :.

.:Dush dush! hee:.

.:What u're thinking about my dear?:.

.:Behind the Tree:.

.:We're together 4 ever:.

.:My family withou mama cause mama do a treatment at YuNam Hair care:.

.:The best shoot from me! huhu:.

.:Kuantan:.

.:Gorgeous! Shoot by me:.




Wednesday, December 29, 2010

The Best Moment In 2010 *Malaysia Win Piala Suzuki AFF*

Assalamualaikum....Alhamdulillah finally Malaysia win this game!! This is the best moment for this country. Sekarang aku boleyh tengok ramai tengah hangat meperkatakan isu ini. Macam-macam boleh kita tengok terutamanya dalam media, facebook, twitter and banyak lagi lar.. I'm proud wif team Malaysia mlm nie sbp dorang dapat beraksi dengan begitu baek sekali. Tahniah jugak dekat Indonesia sebab dapat jaringkan dua gol dekat stadium sendiri tapi rezeki memihak kepada Malaysia. Kalau dah rezeki tue tak kemana. Erm, cuma aku tak paham sikit kenapa lar Indonesia nie benci sangat dengan Malaysia padahal kita takde lar buat jahat kat diorang tapi dorang nie sedikit emo lar. Macam-macam aku baca dalam surat khabar pasal dorang provok malaysia. Huh, tapi alhamdulillah aku happy sangat bila Malaysia menang and dapat lar buat mulut Indonesia tutup. Tapi aku tengok ada jugak segelintir penduduk seberang sana still tak puas hati dengan kita event dorang kalah..Huh, dorang nie pelik betul lar. Biasa lar tue adat main kalah menang. 


Aku tabik spring sangat dengan pemain Malaysia Khairul Fahmi sebab dia tangkas tangkap bola bila Indonesia banyak mengasak. Saffee Sali pulak good job sebab dia adalah penjaring terbanyak untuk piala suzuki nie..Alhamdulillah Malaysia dapat jugak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh menjadi pelapis untuk membawa banyak kemenangan lagi di masa hadapan terutamanya di peringkat antarabangsa dan boleh setaraf dengan liga-liga Inggeris..Huhu. Selain daripada itu, pemain-pemain lain pown menunjukkan konsisten yang sangat baik semasa bermain. Tahniah juga kepada jurulatih Malaysia Rajagobal dan semua lar yang terlibat. Happy sangat sebab semua pemain Malaysia berasal dari Malaysia dan bukan pemain import seperti pemain Indonesia. Sekarang kita dapat buktikan dekat semua orang yang kita juga sama hebat dengan diorang. Harap-harap kejayaan ini membuka langkah yang baru untuk Malaysia terus melangkah lebih jauh lagi.


Fuhh, bila Malaysia dah menang nama pemain-pemain kita terus melonjak naik terutamanya Khairul Fahmi dan Saffee Sali. Mana tak nye Khairul Fahmi penjaga gol yang sangat hebat apabila dia dapat menangkap bola dengan tangkas manakala Saffee Sali pula ialah pemain yang paling menjaringkan banyak gol. Aku boleh tengok dekat facebook aku ramai yang hangat memperkatakan pasal diorang nie. Haha gadis-gadis di luar sana sudaa mula jatuh hati kepada Khairul Fahmi a.k.a Incik Apex yang berasal dari Kelantan nie. Aku pown boleh dikatakan minat jugak lar tapi takde lar fanatik sangat..Haha minat kepada cara permainan dia jer tak lebeyh pown..Huhu, jangan salah sangka. ^_* 


Nak minat kat dia lebeyh2 pown ner boleyh sebab dia sudah berpunya...Jeng3! hehe. Aku baruw terbaca blog gf dia tadi. Macam-macam dia tulis pasal love story diorang macam cter novel gitu. Haha, Khairul Fahmi dah boleh menggantikan Aidil Zafuan and Zakuan Adha. Betul tak gitu?? Skrg Gf dia pown sudah femes. Biasa lar kalau dah baik dengan orang yang femes confirm lar dia punya kenalan rapat atau kata lain teman istimewa kena lar tempias femes jugak. Huhu, nasib baek aku takdek kenalan rapat yang femes kalau tak termasuk aku pown femes sekejap..Hua3, aku seakan sudah berangan pulak! Kalau korang tak percaya ini haa blog gf dia http://jejariruncing.blogspot.com/ tengok lar kisah cinta diorang. Huhu...


Bagi aku apa-apa pown yang penting dia sangat hebat dan boleyh pergi jauh lagi selepas nie.. Syabas untuk pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya kerana dapat beraksi dengan baik walaupun pelbagai provokasi dilemparkan oleh penduduk Indonesia.. I'm Proud to be Malaysian People! I'm proud of Malaysia...
So, after nie rakyat Malaysia haruslah sentiasa menyokong Malaysia event diorang kalah tetapi semangat kesukanan yang penting dan jangan sekali-kali mengutuk diorang ok?? Majulah sukan untuk negara..yeahh!

Yeahh! kejayaan Milik Malaysia.

Congrats Malaysia!

Jejaka pujaan rakyat Malaysia..
(Khairul Fahmi a.k.a Incik Apex)

Penyelamat Malaysia a.k.a Hero Malaya!

Monday, December 27, 2010

Karipap-Karipap Cinta....

Assalamualaikum....Sorry kepada sumer pembaca sebab dah lama aku tak update blog nie..Huhu, lamer ker?? Boley lar tahan dalam 1week tue...Erm, nak update ari-ari malas..Tengok mood lar macam mner bruw lar rasa nak update..huhu..Haa, kali nie aku nak cter pasal novel yang aku dah baca selama aku tak update blog nie lar..Novel tue bertajuk Karipap - Karipap Cinta...Novel nie boley lar tahan bestnye! Boley bagi 4 bintang..huhu..Unsur lawak pown ada dalam novel nie...


Apa yang aku nak citer kat sini adalah pengajaran yang aku dapat daripada novel tue...Fuhh!! Hero dalam novel tue sangat lar bagus sebab dia sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatka cinta si Heroin tue...Kalau lar ada seorang lelaki macam tue confirm aku terima!! Haha...Erm, tapi yang tak berapa elok nye si Hero tue dah melakukan satu kesalahan sebab dia menipu si Heroin tue dengan mengatakan dia juga adalah pelajar dari Universiti Al-Azhar...Konon nye nak tunjuk dekat si bapak tue lar yang di pown berpendidikan tinggi dan seorang yang alim walaupun bekerja sebagai journalist.. Tapi, penipuan dia tue dah memerangkap dia so akhirnya dia terpaksa lar mengaku sebab tak sanggup menipu lagi...Macam-macam ujian mendatang kalau dia terus menipu...


Bila si Heroin dah tahuw yang dia tue menipu habis la si Hero tue kecewa gler sebab orang yang dia suka tue tak layan dia dah dan mendiamkan diri seketika..Tapi, kawan-kawan dia lar yang banyak membantu dia..Heroin nie suka makan karipap so, kawan serumah dia tue suruh lar Hero nie pergi belajar buat karipap dengan seorang pakcik nie..Heroin tue pernah lar bagitahu dia yang dia nak cari lelaki yang pandai buat karipap..So, Hero nie per agi berusaha lar untuk mendapatkan cinta perempuan nie dengan sanggup pergi belajar buat karipap...Bayangkan betapa bersungguh-sungguh si lelaki tue nak dapatkan cinta seorang perempuan tue...Fuhh!! 


Akhirnya.......Si Heroin terima lar cinta si Hero nie walaupun pada hakikatnya dia tak sempat merasa hasil air tangan si lelaki nie sebab semasa si Hero nie pergi ke rumah si Heroin nie dia kecewa sangat sebab tengok ada kenduri and dia engatkan si Heroin nie dah terima lamaran daripada orang lain tapi rupa-rupanya tue sumer adalah kenduri kesyukuran..Masa si Hero tue nak bagi karipap yang dia dah buat tue tbe2 adik kepada si Heroin nie tersadung and terlanggar lar karipap yang si Hero nie bawak...Alamatnya melepas lar si Heroin nak merasa!! haha, sangat kesian...Tapi, jodoh diorang kuat and akhirnya diorang bersama jugak...Nie sumer ringkasan jer daripada cerita novel tue so, kalau korang nak baca yang betul-betul real korang beli lar novel dia kat kedai yer..Novel nie dah jadi novel Best seller tw! 


Korang nak tahuw tak apa resipi karipap-karipap Cinta nie??
Nie lar resepi karipap nie..huhu!


  • 3 Ulas rasa suka
  • 1 Botol hati gembira
  • 1 Biji rendah diri (Saiz besar)
  • 2 Cawan tolak ansur
  • 5 Keping kehormatan
  • Secubit rasa rindu
  • 3 Batang tanggungjawab, dipotong halus
  • 3 Bekas cita-cita
  • 10 Guni kejujuran (di ayak untuk membuang kata dusta)
  • Ramuan diadun dengan ilmu dan akal 
  • Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak
  • Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang!


So, cuber lar sekarang! Hehe... 

Moral value: Cinta mengajar kita erti kejujuran, kesetiaan, kesungguhan dan pengorbanan! Jadi bila kita dah cintakan seseorang tue kita mestilah berusaha untuk mendapatkan cinta tue walau macam mana sekalipun..Yang penting sentiasa berdoa kepada Allah semoga dia lah jodoh kita..Kalau ada jodoh tak kemana..Kita boleh jumpa jodoh kita walau dengan macam mana sekalipun sebab jodoh kita sebenarnya sudah di tentukan cuma ia cepat atau lambat itu sahaja! Kepada yang dah putus cinta atau belum punyai cinta engatlah sesungguhnya walaupun kita tidak punya cinta lagi tetapi Insya'Allah satu hari nanti kita akan dipertemukan dengan cinta yang sejati...

Wallahualam..


.:Nie lar novel nye, so per ag sila lar dptkn di pasaran! hehe:.

Sunday, December 19, 2010

Aku ingin kamooo!!!

Kebelakangan ini aku selalu teringatkanMu....
Aku selalu terserampak denganMu....
Aku tak tahuw macam mane aku boley jatuh hati denganMu...
Owh, aku begitu terpikat dengan pandanganMu...!!
Aku dapat rasakan yang aku telah jatuh hati denganMu....

Aku terasa ingin memilikiMu....
Tapi, kaMu terlalu bernilai bagi ku...
Aku rasakan yang aku tak layak memilikiMu....
Aku sedar siapa lah diriku ini....
Owh, Tuhan berikanlah aku peluang untuk memilikinya....

Sejak kebalakangan ini kaMu semakin terkenal....
Aku tak tahuw bagaimana untuk memilikiMu....
GambaranMu sangat cantik bagi ku....
Aku sangat cemburu bila orang lain dapat mendekatiMu...
Mungkin aku perlu berusaha untuk mendapatkanMu 1 hari nanti...

Hari berganti hari....
Keinginanku begitu kuat untuk memilikiMu...
Ke mana-mana aku mesti teringatkanMu....
Yang lain aku sudah tidak pandang....
Yang aku tahuw aku ingin KAMOoo...!!
Kau lah impianku....................................Wahai DSLR!!

*Hehehe....Mesti korang engat aku jiwang kan?? Aku jiwang dekat kamera jer lar bukan Manusia..huhu!

Nie lah antara Kamera DSLR yang ada di pasaran. Harga dia wOw sangat tinggi.. Hehehe, orang yang mampu jer boleh.. Aku nak memiliknya tapi buat masa sekarang tak dapat lagi lar sebab aku tengah belajar lagi.. Huhu, Insya'allah one day bila aku dah ada duit aku beli salah satu kamera DSLR nie... Image dia sangat cantik and terbaek!

.:NIKON D7000:.


.:CANON EOS-60D:.


.:SONY-A33-A55v:.


.:SONY-a330:.

.:SoNY:.


Nie pulak gambar yang hasil daripada kamera DSLR nie....









Thursday, December 16, 2010

Baruw pulang dari kg...

Assalamualaikum....Dah lamer tak update blog nie lebeyh kurang 1 week lar...huhu, sebab before nie aku balik kampung so, sebab tue dah lama tak update. Nie baruw lar ada masa nak update. Kalau dah mengadap laptop nie punya lar lama macam-macam bukak. Bukan update blog jer tapi duk maen fb, twitter dan macam-macam lagi lar sebab tue kadang-kadang malas nak update blog..hehe. Tapi kalau dah bosan sangat update gak blog nie lagipun blog nie lah tempat aku luahkan perasaan aku..huhu! Minggu lepas aku balik kampung, my grandmother sakit. Dia masuk hospital so, terpaksa lar kami bergilir-gilir jaga dia. Tapi bler tyme aku jaga tue dia dah nak keluar. Haha, sekejap jer lar aku jaga sampai tengahari. Punya lar kita seronok sebab dia dah keluar kalau tak aku satu family tak dapat nak pergi jalan mana-mana sebab kena jaga nenek kat hospital. Alhamdulillah lar dia dah sihat sikit, dia masuk hospital pown sebab lelah. Hmm, nenek aku nie sebenarnya dah lama keluar masuk hospital sebab penyakit dia lar. Macam-macam penyakit dia ada, buah pinggang dia dah rosak disebabkan kencing manis dia yang terlalu tinggi and serang lar dekat buah pinggang pulak. Kesian dia sebab buah pinggang dia dah tak berfungsi macam orang normal, so kita semua kena jaga kesihatan dari awal supaya kita tak kena penyakit di masa akan datang. Bukan per bila dah sakit susah sangat kita nak buat kerja. Tengok lar macam nenek aku tue 3 kali seminggu kena pergi dialysis. Aku engat bila dia dah kena macam-mcam penyakit nie dia akan jaga betul-betul tapi tak!! Boleh pulak dia nak makan makanan yang sedap-sedap and manis-manis macam orang sihat padahal dia ada penyakit kencing manis and buah pinggang. Dah lar penyakit kencing manis dia tue dah tak normal macam orang lain, sekejap tinggi sekejap rendah. Hmm, mama aku pown dah tak larat membebel kat dia suruh dia jaga kesihatan tue tapi dia degil jugak. Bila orang cakap jangan makan, dia cakap tak makan sangat lar dia nak try sikit jer tapi aku tengok sikit dia tue macam lebih pada orang sihat jer dia makan...hahah, susah betul bila orang tak dengar cakap nie.. Lagi 1 hal bila sakit semua orang lar susah ati sebab anak-anak dia semua duk jauh-jauh. Kesian sangat bila tengok dia duk dalam wad. Ari tue dia kena lelah pown sebab dia tue lar kuat ngat buat makan bagi kat orang padahal dia tue sakit..haisyhh, aku pown tak paham dengan nenek aku nie..Aku harap sangat after nie dia jaga lar betul-betul kesihatan dia tue and jangan lar buat kerja berat-berat. Pada masa yang sama jangan bagi my mom membebel lagi! heee.... :)

Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...