Tuesday, April 9, 2013

APABILA DIA MENYAPA, JODOHKAH NAMANYA……



Dia datang bersilih ganti.  Aku cuba untuk tidak mudah menyukai seseorang tapi aku tewas.  Walaupun aku pesan pada diriku bahawa jagan pernah jatuh cinta pada yang bukan milikku.. Tetapi, sehinggakan hari ini aku tetap mudah ‘menyukai’ seseorang itu.  Mungkin ‘menyukai’ itu bukan ‘menyintai’ tapi ia cukup menunjukkan bahawa aku mudah berminat atau kata lain tertarik dengan seseorang itu.  Aku tak pinta untuk jadi begini tetapi ia datang apabila seseorang yang aku suka itu mempunyai ciri-ciri yang aku cari. Aku berdoa kepada Allah semoga rasa ini ada kerana dia adalah Jodohku atau rasa ini akan hilang jika dia bukan Jodohku..

Aku tak nak kecewa.  Kecewa dengan diri sendiri.  Kerana tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini.  Dia tak pernah kecewakanku tapi aku yang kecewakan diri sendiri.  Kenapa? Sebab dia tak pernah tahu atau sedar akan kehadiranku atau dengan kata lain juga dia tak pernah rasa apa yang aku rasa.  Hanya aku yang merasai semua ini.  Tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana setiap pertemuan itu dapat mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan untuk mengenali seorang lelaki.  Cuma kadang-kadang aku rasa sangat kecewa dengan diri ini kerana dalam diam aku menyimpan satu perasaan.  Satu perasaan yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.  Perasaan itu hanya mampu di luahkan kepada Yang Maha Esa.  Setiap hari aku mengambil tahu akan perihal dirimu.  Dan setiap hari juga aku bersemangat dengan kata-kata itu.  Cuma…….. Hanya dia yang tak pernah mengenaliku siapa.  Aku cuba untuk mendekatinya tapi hampa.

Mungkin aku patut sedar Cinta Alam Maya tak akan ke mana.  Kerana ia akan sukar untuk bertemu jika takdir tidak menyebelahi aku. Ya, aku pernah lalui semua itu.  Dan sekali lagi aku melalui ini.  Hmm, dan aku dapat jangkakan yang pengakhirannya mungkin seperti apa yang aku pernah lalui dulu.  Pengakhirannya juga semakin hampir kepada titik noktahnya.

Kamu….Aku tahu kamu telah berjumpa dengan seseorang yang kamu cari.  Mungkin dia milik kamu.  Dah lama kamu menunggu dia dan sekarang mungkin tiba masanya Allah mempertemukan kamu.  Mungkin aku dan Dia tiada jodoh.  Kalaulah  aku dan dia punya jodoh, dah lama dia akan sedar akan kehadiranku.  Walaupun kami tak pernah bersua.  Sebab apa yang aku lalui ini terjadi kepada dia dan seseorang yang dia suka.  Masing-masing punya tindak balas dan reaksi.  Jadi, mana mungkin perhubungan itu tidak akan berlaku.  Ok untuk menyedapkan hati aku, aku membayangkan selepas ini mereka akan bersama dan hinggalah ke jinjang pelamin.  Kalau itu yang berlaku, aku tumpang bahagia.  Bahagia untuk kamu kerana sekian lama kamu menunggu zaujahmu.  Setiap hari kamu meluahkan kata-kata cinta di ruang itu dan akhirnya zaujah itu muncul dalam hidupmu.

Dear girl, you are so lucky to get this guy.  Because this guy are waiting you for a long years.  I hope both of you will happily together because your background’s almost same.

Oritez same? Yes sebab latar belakang mereka hampir sama.  Dan aku?  Sangat-sangat berbeza.  Padanlah dari awal lagi semua ini dapat ku jangkakan.  Tapi aku tak menyesal dengan semua ini kerana aku percaya apa yang aku rasa ini semuanya kerana Allah.  Jadi Allah memberi peluang untuk aku merasakan satu perasaan dalam hati ini dan meluahkan hanya kepada Dia.  Hanya Dia yang mengetahui segala-galaNya.  Dan dia jugalah yang Mengetahui adakah kamu milikku atau sebaliknya.  Tapi daripada pandangan dan jangkauan kasar aku yang kamu mungkin bukan milikku.  Cuma sekarang ini aku berserah pada Yang Esa.  Semoga Dia memberi yang terbaik buat hambaNya ini.

Kepada ‘Kamu’……  Aku harap kamu bahagia dengan si Dia yang kamu suka.  Aku akan sentiasa berdoa untuk mu walaupun kamu tak pernah tahu siapakah aku.  Aku harap Allah sampaikan apa yang tersirat di hati ini walaupun bukan sekarang tapi mungkin esok, lusa atau tahun-tahun yang akan datang.  Hanya Dia Yang Maha Berkuasa.  Aku akan simpan rasa ini di dalam lubuk hatiku dan aku berdoa semoga ada lagi ‘Klon Kamu’. Hahahah :P

JODOH ITU PENUH KEUNIKAN.
APABILA SEMAKIN DIKEJAR, SEMAKIN DIA BERLALU PERGI.
APABILA KITA HANYA MENANTI, USAHKAN HADIR, BAYANGNYA JUGA BELUM PASTI.
KADANGKALA, ANTARA JODOH DAN NAFSU, KITA SERING TERKELIRU.
ADAKAH DIA JODOH DITUNGGU, ATAUPUN DIA SEKADAR MENYAPA SAMBIL BERLALU.
KADANGKALA HADIRNYA TIDAK DISANGKA.
DIA RUPA-RUPANYA, JODOH UNTUK KITA.
RENCAM JODOH, MANISNYA DAPAT MENDAMAIKAN HATI, PAHITNYA DAPAT MENGHANCURKAN DIRI.
MISTERINYA DIA, HANYA TUHAN MAHA MENGETAHUI.
APABILA DI MENYAPA, JODOHKAH NAMANYA…….

-petikan dari buku “Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya” , Sakinah Salleh-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...