Thursday, December 16, 2010

Baruw pulang dari kg...

Assalamualaikum....Dah lamer tak update blog nie lebeyh kurang 1 week lar...huhu, sebab before nie aku balik kampung so, sebab tue dah lama tak update. Nie baruw lar ada masa nak update. Kalau dah mengadap laptop nie punya lar lama macam-macam bukak. Bukan update blog jer tapi duk maen fb, twitter dan macam-macam lagi lar sebab tue kadang-kadang malas nak update blog..hehe. Tapi kalau dah bosan sangat update gak blog nie lagipun blog nie lah tempat aku luahkan perasaan aku..huhu! Minggu lepas aku balik kampung, my grandmother sakit. Dia masuk hospital so, terpaksa lar kami bergilir-gilir jaga dia. Tapi bler tyme aku jaga tue dia dah nak keluar. Haha, sekejap jer lar aku jaga sampai tengahari. Punya lar kita seronok sebab dia dah keluar kalau tak aku satu family tak dapat nak pergi jalan mana-mana sebab kena jaga nenek kat hospital. Alhamdulillah lar dia dah sihat sikit, dia masuk hospital pown sebab lelah. Hmm, nenek aku nie sebenarnya dah lama keluar masuk hospital sebab penyakit dia lar. Macam-macam penyakit dia ada, buah pinggang dia dah rosak disebabkan kencing manis dia yang terlalu tinggi and serang lar dekat buah pinggang pulak. Kesian dia sebab buah pinggang dia dah tak berfungsi macam orang normal, so kita semua kena jaga kesihatan dari awal supaya kita tak kena penyakit di masa akan datang. Bukan per bila dah sakit susah sangat kita nak buat kerja. Tengok lar macam nenek aku tue 3 kali seminggu kena pergi dialysis. Aku engat bila dia dah kena macam-mcam penyakit nie dia akan jaga betul-betul tapi tak!! Boleh pulak dia nak makan makanan yang sedap-sedap and manis-manis macam orang sihat padahal dia ada penyakit kencing manis and buah pinggang. Dah lar penyakit kencing manis dia tue dah tak normal macam orang lain, sekejap tinggi sekejap rendah. Hmm, mama aku pown dah tak larat membebel kat dia suruh dia jaga kesihatan tue tapi dia degil jugak. Bila orang cakap jangan makan, dia cakap tak makan sangat lar dia nak try sikit jer tapi aku tengok sikit dia tue macam lebih pada orang sihat jer dia makan...hahah, susah betul bila orang tak dengar cakap nie.. Lagi 1 hal bila sakit semua orang lar susah ati sebab anak-anak dia semua duk jauh-jauh. Kesian sangat bila tengok dia duk dalam wad. Ari tue dia kena lelah pown sebab dia tue lar kuat ngat buat makan bagi kat orang padahal dia tue sakit..haisyhh, aku pown tak paham dengan nenek aku nie..Aku harap sangat after nie dia jaga lar betul-betul kesihatan dia tue and jangan lar buat kerja berat-berat. Pada masa yang sama jangan bagi my mom membebel lagi! heee.... :)

Wassalam....

Thursday, December 9, 2010

Result oh Result!

Betul ker result kuar esok??  Tapi, ramai kawan-kawan aku ckp result kuar esok...adoiii....Aku dh cuak gler nie, tak tahu lar dapat berapa..Hmm, tak per lar yang penting aku dh usaha sedaya upaya aku yang boleh, semoga aku dapat result yang cemerlang dan sepadan dengan apa yang aku dh usahakan...Amin...Kalu ikowtkn aku nak tahu result nie dah lamer dah boleh sebap abah aku baek dengan lecturer aku so, confirm lar dia boleh bagitahu awal-awal macam sem lepas....Tapi, aku takowt lar nak tahu result awal-awal tak tahu naper..Mungkin sem nie aku terlalu tension kowt sebap sem nie adalah sem akhir bagi diploma aku...

Next sem aku dah tak belajar sebap sem depan ada practical...So, sem ini lar aku harap sangat-sangat aku dapat kepututsan yang paling terbaek antara sem-sem yang lepas...Lagi 1 sem nie agak susah sikit lar and sem nie jugak lar yang aku paling tension sangat...Soalan dia masuk final exam ari tue pown boley tahan gak lar susahnye...Aku tension gak sebap orang lain a.k.a kawan-kawan aku sumer teror-teror...Aku sedih kalau aku tak dapat result macam diorang gak...Aku selalu tercorot nak di bandingkan diorang..Diorang selalu dapat dekan, aku teringin gak nak dapat dekan tapi nak buat camner rezeki tak de lagi so, tak per lar aku redha jer...Yang penting aku dah usaha sedaya upaya aku yang boleh...Aku takowt gak kalu aku tak dapat nk balas jasa parents aku...

Aku harap sangat esok result aku cemerlang...Ya Allah aku mohon pada Mu semoga Engkau makbulkan doa hambamu yang lemah ini...Aku harap result aku tak mengecewakan aku even aku tak dapat dekan tapi nak buat camner aku terima dengan redha walaupun agak sedih..Memang kalau boleh sem nie aku nak dapat dekan tapi bila dah aku jawab soalan tue aku rasa dekan tue macam dah tipis...Harapan aku semakin lama semakin tipis...Tak per lar aku doa semoga aku dapat result yang terbaek daripada yang lepas-lepas...Aminn....Bila pikirkan pasal kawan aku confirm diorang semua dapat dekan...Aku punya geng ada 5 orang..Diorang semua pandai-pandai, aku jer biasa-biasa jer..

Kadang-kadang aku tension ngat tambah-tambah rumate aku dia tue relax jer tapi still ley dapat result gempak...Bila fikir balik aku selalu rasa down dengan keadaan nie tetapi aku cuba kuatkan semangat untuk terus cuba sedaya upaya aku..Kawan baik aku and family aku banyak bagi support aku...Diorang cakap kita semua tak sama...Tahap kecerdikan masing-masing tak sama so, kita tak boleh nak tengok diorang yang penting kita rajin berusaha dan biarlah diorang tak macam kita tapi usaha tue penting...Bila fikir balik cam tue aku jadi semangat and aku try sedaya upaya aku yang boleh tapi silap aku jugak sebap tak struggle hard dari awal lagi..Hmm, kalau aku dapat result tak elok camner?? Tapi semua itu aku dah cuba jadi aku tak boleh sedih apa-apa pown result dh kuar jadi aku kena terima semua nie dengan hati yang terbuka...Sorry for my Family if I can't get the best result in this sem...I hope after this I'll will try the best in degree to get dean's list every sem...
Semoga aku berjaya dapat result yang cemerlang, Aminn.....

THIS QUOTES CAN MAKE ME STRONG <3<3










Wednesday, December 8, 2010

Apa itu Cinta??

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...Hari ini aku akan bercerita tentang cinta....Bagi kamu semua apakah maksud cinta??  Bagi aku Cinta adalah sesuatu anugerah daripada Allah kepada umatnya....Cinta itu secara semula jadi lahir dari hati yang suci. Cinta boleh di lihat dari pelbagai sudut sama ada antara pencipta dengan hambaNya, manusia sesama manusia ataupun manusia dengan kehidupan yang hidup termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya....Cinta yang paling penting dalam hidup aku ialah:


1.  Cinta kepada Allah (Cinta yang paling Agung)
2.  Cinta kepada Kedua Ibu Bapa
3.  Cinta kepada Adik Beradik
4.  Cinta kepada Saudara Mara
5.  Cinta kepada Sahabat
6.  Cinta kepada Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan


Semua ini adalah cinta yang paling bermakna dalam hidup aku....Tapi, ada sesuatu yang tertinggal dan aku tak nyatakan di atas....CUBE TEKA?? hehe...Cinta aku kepada seorang insan yang bakal bergelar Suami...Ini juga adalah cinta yang paling penting dalam hidup aku tetapi aku tidak nyatakan lagi kerana aku masih belum mempunyai suami..Huhu, jadi bagi aku cinta kepada kekasih a.k.a pakwe tiada dalam hidup ku kerana cinta kepada kekasih a.k.a pakwe belum tentu akan membawa kita ke gerbang perkahwinan....Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan bagi aku ini lah cintaku yang tidak ternilai....Tetapi, hari ini aku dapat lihat ramai manusia terjebak dengan gejala sosial kerana terlalu cintakan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan mereka lupa kepada Pencipta yang Maha Esa....Mereka terlalu asyik kerana di buai CINTA...
Semua itu boleh merosakkan akidah mereka kerana terlalu menagungkan manusia sehingga mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan di larang dalam Islam....Kerana Cintakan pasangan terutamanya perempuan mereka sanggup menggadaikan maruah mereka untuk pasangan mereka kerana mereka takut akan kehilangan insan yang mereka cintai....Adakah itu dinamakan CINTA????  Cuba kita berfikir sejenak.....Semua ini hanya boleh merosakkan mereka dan menyebabkan mereka boleh melakukan dosa besar yang kedua iaitu membuang anak....Kita boleh lihat apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, banyak pembuangan bayi yang tidak berdosa dalam masyarakat kita sekarang....Semoga kita semua di jauhi daripada semua itu...Oleh itu, Cinta kepada pasangan yang belum berkahwin mestilah berpada-pada dan berpandukan kepada syariat dan akidah yang betul....Yang paling penting adalah diredhai oleh Allah S.W.T.  Semoga kita semua dijauhi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita dan diberkati oleh Allah...Amin....


p/s:  Cinta kepada Manusia biarlah berpada-pada tetapi Cinta kepada Allah biarlah melebihi segala-galanya....
           Cinta kepada Manusia kita akan kecewa tetapi Cinta kepada Allah kita tidak akan 
         kecewa.....   

Wallahualam...




Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432....

Hari ini adalah tahun baruw dalam islam, 1 Muharam 1432.....
1 Muharam adalah detik permulaan perpindahan nabi dan umat islam dari ko
ta Mekah ke kota Madinah...
Jadi, hari ini juga bermulalah penulisan aku di blog ini....
Segala benda yang berlaku akan ku coretkan di dalam blog ini tidak terkecuali juga segala maklumat akan ku masukkan di dalam blog ini, insya'allah... 
Sempena Tahun Baru Islam ini aku mempunyai azam dan cita-cita untuk berubah daripada yang lama kepada yang baru seperti perubahan yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W....
Aku berharap selepas ini aku dapat jadi seorang muslim yang solehah dan dapat menjadi kebanggaan kedua ibu bapa ku dengan berusaha mencapai cita-cita dan impian ku dalam kehidupan ini...
Segala yang berlaku sebelum ini aku ambil ia sebagai pengajaran dan cuba untuk perbaiki kesilapan yang telah aku lakukan...
Semoga aku mendapat menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...AMIN...
Wallahualam..





.:Seperti gambar di atas ini tertulis, seperti ini jugalah kehidupan aku bermula di Tahun Baru Islam:.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...