Monday, August 22, 2011

Mahukah Anda Menjadi Wanita Paling Anggun Di Dunia??

Assalamualaikum semua......Alhamdulillah hari ini adalah  hari ke 22 kita berpuasa...Korang berpuasa penuh tak?? haaa......Untuk lelaki off course lar korang kena puasa penuh kan?? Tapi untuk perempuan dikecualikan..hehe. Oppss, panjang pulak mukkadimah nye.. Aku nak tanya korang nak jadi Wanita Paling Anggun Di Dunia tak?? Haa.....kalau korang nak jom baca tips-tips di bawah...Aku ada terbaca dari sebuah buku nie dia ada menceritakan tentang anda akan menjadi wanita paling anggun di dunia....







Ikutilah kisahnya di bawah ok? 


Dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak, anda lebih harum dari minyak wangi; dengan sikap tawadhu', anda lebih tinggi dari purnama dan dengan cinta, anda lebih segar daripada rintik-rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan Keimanan, Keredhaan dengan Kepuasan, Peliharalah Kehormatan anda dengan Hijab yang menutup aurat.


Ketahuilah bahawa perhiasan anda bukanlah emas atau perak, tetapi adalah dua rakaat menjelang Subuh, dahaga yang anda rasakan di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang anda berikan dengan tersembunyi yang hanya diketahui oelh Allah Subhanahu wa Ta'ala, air mata taubat, sujud yang panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala ketika terdorong oleh bisikan nista dan ajakan syaitan.


Jadikanlah taqwa itu bagaikan pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia, meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non muslim, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mempedulikan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.


Neraka yang disebut oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam firmannya berbunyi:


"Tiada yang memasukinya, kecuali orang yang paling celaka"
(Surah al-Lail ayat 15)






Semoga kita tergolong di antara Wanita Paling Anggun Di Dunia bahkan Di Akhirat....Amin...


Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...