Saturday, February 16, 2013

REZEKI DARI ALLAH…


Assalamualaikum and hye guys!

I wanna share with you something… Seriously, Sem 5 adalah Semester yang paling tough bagi aku. Why?? Sebab Semester 5 adalah semester yang terakhir untuk belajar sepanjang degree nie. After this, Sem 6 aku dah praktikal. So, this is the final I went to class.  Sem 5 juga adalah semester yang paling banyak subjek untuk final dan paling maximum credit hours! Boleh dikatakan semua PALING lah SEM 5 nie. But, Thank GOD! Alhamdulillah aku dapat lalauinya dengan tabah dan cekal. Segala cabaran aku cuba tepis and setiap kali kalau aku stress, aku hanya mampu mengadu pada Allah.. Itulah pengubat ketenangan yang paling mujarab sekali selain daripada share with my family and friends.

Sem 5 aku ambil 7 SUBJEK! Yess! 7 yer uolls. Dan ketujuh tujuh subjek tu pun ada final paper. Before this, kalau aku ambil 7 subjek, 5 final dan 2 tak final. Tapi, sem nie fuhhh semua final. Dan kalau nak tahu sem ni juga lah sem yang paling lama aku exam. Boleh dikatakan sebulan jugak lah. Start daripada first date final exam dekat UiTM hinggalah last date final exam. Ahaaa, dan setiap satu subjek ke satu subjek hanyalah mempunyai jarak 2 atau 3 hari. Dan second and last paper tue jaraknya hanyalah sehari. Can you imagine??

Selama sebulan aku kena mengadap buku! Huhuu… One paper by one paper until last paper! Hmm hanya Tuhan saja yang tahu betapa saat yang mencabar bagi aku lalui as a student. Alhamdulillah berkat kesabaran untuk laluinya tue aku Berjaya tamatkan exam..hahah! Baru Berjaya tamatkan exam bukan dapat result lagi! Huh…So excited walaupun belum tahu result lagi. You know what, setiap kali exam mesti semasa jawab cakap kenapa lah sem nie paper banyak susah.. Really difficult and no hopeless untuk dapatkan DEKAN. Aku doa semoga Allah membantu aku dan kalau ada rezeki adalah. Sampaikan aku rasa nak menangis sebab terasa susah sangat. Time jawab tue pun aku berserah and aku jawab jer semampu aku boleh. Yes I’ve tried my best and always pray to Allah. Hopefully everything is fine. Semua kawan-kawan pun dah start risau, they said yang final kali ni sangat susah.  But, ada juga paper yang senang tapi tak semua lah. Kalau dalam satu subjek tue certain part senang certain part susah. Tapi, yang tu biasa lah. Kalau tak susah bukan namanya DEGREE kan?

For those yang pernah laluinya mesti ada experience yang berbeza sepanjang degree nie. Okeyh, berbalik pada main entry aku kali nie….Sebenarnya aku nak cerita yang segala kesusahan yang aku lalui akhirnya membuahkan hasil walaupun tak lah segempak budak-budak yang top dalam kelas aku. Tapi, Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat and tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Walaupun Impian aku masih belum di genggam tapi Ia sudah semakin hampir. Mungkin rezeki untuk mengenggam impian DEKAN itu belum terlaksana tapi aku bersyukur sangat and unexpected bila aku tengok result semalam.

Yes..Rezeki dari Allah.. Berkat doa my parents, kawan-kawan, adik-adik aku dan aku sendiri Allah memakbulkan doa aku. Aku telah cuba sedaya upaya dan akhirnya membuahkan hasil. Walaupun aku tak berapa nak percaya sebab after exam aku estimate gred apa yang aku mampu capai setelah aku menjawab exam tue. That’s why bila aku tengok result tu balik macam tak percaya. Result Sem 5 lagi tinggi pada result Sem 3 dan 4. Padahal Sem 5 lah paling susah bagi aku dan banyak sangat halangan aku kena tempuh dengan research proposal nya lagi. Tapi, Alhamdulillah Allah memberi rezeki pada aku. Maybe korang baca entry nie seolah-olah aku dah Berjaya mengenggam keputusan yang terbaik kan. Tapi, bagi aku keputusan yang terbaik adalah apabila kita mengenggam kejayaan yang tak pernah kita sangka setelah mengharungi cabaran dan kesusahan selama berada di Sem 5 ni.

Dan hari ini aku terfikir, kenapa semasa di Sem 5 yang susah ini aku mampu Berjaya mencapai result yang paling bagus dari sem-sem yang lain padahal sem 3 dan 4 lagi senang pada sem 5. Mungkin semasa di sem 3 dan 4 aku banyak main dan aku jarang melakukan solat-solat sunat. Tapi, Alhamdulillah di Sem 5 aku cuba untuk melakukan solat-solat sunat terutamanya solat duha, tahajud dan hajat. Yer, semua nie kebesaran Allah sebab apabila hambaNya sentiasa berusaha untuk dekat denganNya maka Dia akan memberi Rezeki dan memakbulkan doa-doa setiap hambaNya. Alhamdulillah….Kalau anda semua tak percaya, cubalah..

Inilah dikatakan REZEKI DARIPADA ALLAH…..Walaupun kita lalui itu sangat sukar tetapi Allah mudahkannya. Dan Manusia akan berkata kita tidak mampu menggapainya tetapi Allah Maha Berkuasa. ‘Kunfayakun’ kalau ia nak jadi maka jadilah ia. Tiada yang mustahil bagi Allah. Semuanya bergantung kepada Dia. Jangan sesekali mencari kenikmatan DUNIAWI sehinggakan melupakan AKHIRAT. 

Pengajaran yang aku nak nyatakan di sini walau berusaha mana kamu sekalipun tapi kalau bukan dengan pertolonganNya maka impian kamu itu tidak akan dapat kamu genggam. Ya, mungkin sem ini rezekiku untuk mendapat DEKAN tidak tercapai tapi aku akur pada Kuasanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi, aku bersyukur sangat dengan pemberianNya yang cukup membuatkanku tersenyum dengan segala cabaran yang ku lalui selama berada di semester 5 ini.

Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Walaupun semester 5 aku tak Berjaya mengenggam DEKAN tapi Alhamdulillah semester 6 masih ada. Hehe, Semester 5 bukan penamat bagi degree cuma penamat bagi pembelajaran aku di kuliah. Semester 6 aku sudah praktikal dan sambil itu aku perlu menyiapkan research aku. Itulah adalah subjek yang paling penting untuk menamatkan degree aku dan mungkin ianya akan memberi cabaran yang baru bagi aku. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Dan semoga rezekiku untuk mengenggam impian itu terlaksana di Sem 6. Aminnn…

Kepada anda semua, percayalah walau sesibuk mana kita sekalipun sama ada untuk Berjaya dalam pelajaran mahupun pekerjaan tetapi sentiasalah dekat denganNya. Sebagai umat islam kita wajib melaksanakan perintahNya dan ditambah dengan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan untuk menambahkan keimanan kita kepadaNya… Aku berpegang pada Doa ini:









Wallahualam….

P/s: Tahniah kepada kawan-kawan ku yang Berjaya memproleh keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga pada adik aku kerana Berjaya memproleh DEKAN….Aku tahu kau pasti mampu dan kau sudah memberi kegembiraan kepada mama dan abah walaupun aku tidak mampu lagi untuk memprolehnya.. Tapi, percayalah aku pasti akan berusaha…. :)

6 comments:

Encik Plus said...

Congrats dear... u r the best!!

Nurul Hidayah said...

Thank You... Alhamdulillah segala puji bagiNya.. :)

pena maya said...

surah at-talaaq ayat 2-3 :D sila tadabbur sekarang.i know you will get great result.dan Allah ingin memberi petunjuk bahawa sebenarnya tiada tempat bergantung yang lain melainkan Dia.and end up,its much better than previous sem.alhamdulillah.when He showed you the light,hold tightly..because we afraid that He won't give the second light.

Nurul Hidayah said...

yeahh InsyaAllah sys! Thanks for reminding..hehe :)

Fizz said...

tahniah dayah..haha, too late but btw good luck for your future, may Allah help us to achieve our dream. miss u cik dayah. muah!

Nurul Hidayah said...

Thank you & Gudluck too my dear friend!
I miss you too...
Mmmuah! <3<3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...