Monday, July 15, 2013

Promosi Hebat Sempena Ramadhan...

Assalamualaikum guys..Selamat Berpuasa semua!

Sophie's Collection mengadakan promosi potongan sebanyak 10% untuk pembelian RM100 ke atas mulai esok hingga sabtu ini..Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli belah dengan barangan sophie paris..Macam-macam ada!!


Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook Sophie's Collection
Grab Now peeps! 



Ini adalah antara barangan yang ada di Sophie's Collection.....




Monday, May 20, 2013

Jom Shopping bersama Sophie Paris.. (Pre-Order)

Assalamualaikum Guys...

Jom Shopping Bersama SOPHIE PARIS...
Really beautiful product + affordable + quality..
Never regret it..

Pre-Order for watch..Next time InsyaAllah I will update the others product if most of you interested! 
email me now at exora_1403@yahoo.com
or you can PM me at FB...

Happy Shopping GUYS! 











Exclude Postage!!

Saturday, April 27, 2013

It's SALES Guys!!!


Hey Guys! Grab Now... Product from Sophie Paris. Finishing stock. So, if you interested you can PM me at  FACEBOOK 

Awesome products guys! Sales 20%
What are you waiting for?? Let's Grab now.. :)










TAWARAN TERBUKA SEHINGGA NEXT WEEK!!!

Tuesday, April 9, 2013

APABILA DIA MENYAPA, JODOHKAH NAMANYA……



Dia datang bersilih ganti.  Aku cuba untuk tidak mudah menyukai seseorang tapi aku tewas.  Walaupun aku pesan pada diriku bahawa jagan pernah jatuh cinta pada yang bukan milikku.. Tetapi, sehinggakan hari ini aku tetap mudah ‘menyukai’ seseorang itu.  Mungkin ‘menyukai’ itu bukan ‘menyintai’ tapi ia cukup menunjukkan bahawa aku mudah berminat atau kata lain tertarik dengan seseorang itu.  Aku tak pinta untuk jadi begini tetapi ia datang apabila seseorang yang aku suka itu mempunyai ciri-ciri yang aku cari. Aku berdoa kepada Allah semoga rasa ini ada kerana dia adalah Jodohku atau rasa ini akan hilang jika dia bukan Jodohku..

Aku tak nak kecewa.  Kecewa dengan diri sendiri.  Kerana tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini.  Dia tak pernah kecewakanku tapi aku yang kecewakan diri sendiri.  Kenapa? Sebab dia tak pernah tahu atau sedar akan kehadiranku atau dengan kata lain juga dia tak pernah rasa apa yang aku rasa.  Hanya aku yang merasai semua ini.  Tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana setiap pertemuan itu dapat mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan untuk mengenali seorang lelaki.  Cuma kadang-kadang aku rasa sangat kecewa dengan diri ini kerana dalam diam aku menyimpan satu perasaan.  Satu perasaan yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.  Perasaan itu hanya mampu di luahkan kepada Yang Maha Esa.  Setiap hari aku mengambil tahu akan perihal dirimu.  Dan setiap hari juga aku bersemangat dengan kata-kata itu.  Cuma…….. Hanya dia yang tak pernah mengenaliku siapa.  Aku cuba untuk mendekatinya tapi hampa.

Mungkin aku patut sedar Cinta Alam Maya tak akan ke mana.  Kerana ia akan sukar untuk bertemu jika takdir tidak menyebelahi aku. Ya, aku pernah lalui semua itu.  Dan sekali lagi aku melalui ini.  Hmm, dan aku dapat jangkakan yang pengakhirannya mungkin seperti apa yang aku pernah lalui dulu.  Pengakhirannya juga semakin hampir kepada titik noktahnya.

Kamu….Aku tahu kamu telah berjumpa dengan seseorang yang kamu cari.  Mungkin dia milik kamu.  Dah lama kamu menunggu dia dan sekarang mungkin tiba masanya Allah mempertemukan kamu.  Mungkin aku dan Dia tiada jodoh.  Kalaulah  aku dan dia punya jodoh, dah lama dia akan sedar akan kehadiranku.  Walaupun kami tak pernah bersua.  Sebab apa yang aku lalui ini terjadi kepada dia dan seseorang yang dia suka.  Masing-masing punya tindak balas dan reaksi.  Jadi, mana mungkin perhubungan itu tidak akan berlaku.  Ok untuk menyedapkan hati aku, aku membayangkan selepas ini mereka akan bersama dan hinggalah ke jinjang pelamin.  Kalau itu yang berlaku, aku tumpang bahagia.  Bahagia untuk kamu kerana sekian lama kamu menunggu zaujahmu.  Setiap hari kamu meluahkan kata-kata cinta di ruang itu dan akhirnya zaujah itu muncul dalam hidupmu.

Dear girl, you are so lucky to get this guy.  Because this guy are waiting you for a long years.  I hope both of you will happily together because your background’s almost same.

Oritez same? Yes sebab latar belakang mereka hampir sama.  Dan aku?  Sangat-sangat berbeza.  Padanlah dari awal lagi semua ini dapat ku jangkakan.  Tapi aku tak menyesal dengan semua ini kerana aku percaya apa yang aku rasa ini semuanya kerana Allah.  Jadi Allah memberi peluang untuk aku merasakan satu perasaan dalam hati ini dan meluahkan hanya kepada Dia.  Hanya Dia yang mengetahui segala-galaNya.  Dan dia jugalah yang Mengetahui adakah kamu milikku atau sebaliknya.  Tapi daripada pandangan dan jangkauan kasar aku yang kamu mungkin bukan milikku.  Cuma sekarang ini aku berserah pada Yang Esa.  Semoga Dia memberi yang terbaik buat hambaNya ini.

Kepada ‘Kamu’……  Aku harap kamu bahagia dengan si Dia yang kamu suka.  Aku akan sentiasa berdoa untuk mu walaupun kamu tak pernah tahu siapakah aku.  Aku harap Allah sampaikan apa yang tersirat di hati ini walaupun bukan sekarang tapi mungkin esok, lusa atau tahun-tahun yang akan datang.  Hanya Dia Yang Maha Berkuasa.  Aku akan simpan rasa ini di dalam lubuk hatiku dan aku berdoa semoga ada lagi ‘Klon Kamu’. Hahahah :P

JODOH ITU PENUH KEUNIKAN.
APABILA SEMAKIN DIKEJAR, SEMAKIN DIA BERLALU PERGI.
APABILA KITA HANYA MENANTI, USAHKAN HADIR, BAYANGNYA JUGA BELUM PASTI.
KADANGKALA, ANTARA JODOH DAN NAFSU, KITA SERING TERKELIRU.
ADAKAH DIA JODOH DITUNGGU, ATAUPUN DIA SEKADAR MENYAPA SAMBIL BERLALU.
KADANGKALA HADIRNYA TIDAK DISANGKA.
DIA RUPA-RUPANYA, JODOH UNTUK KITA.
RENCAM JODOH, MANISNYA DAPAT MENDAMAIKAN HATI, PAHITNYA DAPAT MENGHANCURKAN DIRI.
MISTERINYA DIA, HANYA TUHAN MAHA MENGETAHUI.
APABILA DI MENYAPA, JODOHKAH NAMANYA…….

-petikan dari buku “Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya” , Sakinah Salleh-

Wednesday, April 3, 2013

Dari Jauh Ku Mohon Doa....


Kamu......
Aku tak tahu kamu di mana...
Sedang apa, bagaimana.....
Tapi, setiap hari aku mohon padaNya agar di pertemukan denganmu.

Setiap hari aku menanti dan menanti agar kau hadir...
Tapi, sehingga ke hari ini kamu masih belum muncul di depanku...
Aku tahu mungkin ada hikmah di sebaliknya...
Aku juga tahu.....Allah sedang mempersiapkan yang terbaik untuk pertemuan ini.

Pertemuan kita nanti pasti pertemuan yang sungguh luar biasa...
Dan takkan tergambar di fikiranku dan kamu...
Allah Maha Adil dan Bijaksana bagi mengaturkan perjalanan hidup untuk setiap hambaNya..
Tetapi, kita sebagai hambaNya jangan pernah lupakanNya.

Jangan lupa sentiasa dekat dengan Dia...
Keranaa....Hanya Dia Dia dan Dia Yang Maha Mengetahui...
Dia yang Maha Mengetahui pasangan yang terbaik untuk setiap hambaNya..
Di dalam setiap sujudku, solatku, doaku....
Ku sebut namamu.

Nama yang tak pasti....
Adakah kamu atau yang lain akan menjadi milikku...
Kadang kala persoalan itu sentiasa bermain di fikiranku...
Tapi aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...
Agar suatu hari nanti aku bertemu dengan pasangan yang terbaik untuk diriku..

Ya Allah jika nama itu bukan jodohku...
Aku harap kau pertemukanlah aku dengan ciri-ciri yang ada pada dia..
Atau yang lebih baik dari dia...
Aku ingin lelaki seperti itu.

Tapi......
Aku tak pasti adakah dia...
Yang pasti aku akan sentiasa berdoa agar di jodohkan dengan lelaki seperti itu...
Walaupun bukan dia...
Aminn..Ya Rabbal Alamin...












Monday, February 18, 2013

Aku rindukan S.A.A.T itu...



Aku rindukan saat itu.....
Saat kita berkongsi cerita...
Suka dan duka sepanjang kehidupan kita bergelar pelajar..
Setiap cuti sem, kita pasti ketemu...
Ketemu untuk berkongsi bermacam cerita yang telah berlaku...

Tapi kini......
Masing-masing punya hal....
Aku tak pasti mengapa?
Mengapa semua ini terjadi....
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Mungkin masing-masing kekangan masa untuk berjumpa...
Tapi.....Sungguh! 
Aku mahukan saat itu...
Saat kita bergumbira dan bercerita...

Semakin aku dan kamu meningkat dewasa.....
Semakin terasa perubahan itu...
Aku tak tahu di mana...
Tapi....Ya!
Aku sungguh terasa....

Mungkin kamu semua pun rasakan begitu...
Sudah lama kita tidak berjumpa, bercerita suka & duka seperti dahulu..
Ku harapkan suatu hari nanti.....Kita pasti kembali bersatu.
Bersatu seperti dulu...
Punya ruang waktu untuk bertemu...

Ku titipkan doa semoga Allah kembalikan hubungan yang renggang itu....
Ku harapkan waktu berputar kembali..
Tapi, sayang masa tidak dapat di undur kembali...
Bersabarlah wahai hati...
Ku serahkan kepada Allah..

Semoga suatu saat nanti masing-masing punya ruang dan waktu....
Ruang dan waktu untuk bisa bersama kembali...
Kepada kamu semua, ku harap saat-saat indah itu dapat kita rasai kembali...
Walaupun kamu semua jauh dan punyai cita-cita yang perlu dikecapi...
Tapi, jangan pernah lupakan hubungan ini...

Hubungan yang telah lama terjalin..
Jangan pernah putus di tengah jalan...
Ku berdoa semoga Allah kekalkan hubungan ini...
Hubungan P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N hingga ke Syurga..

Aminn...

BEST FRIEND FOREVER! (BFF)







Hasil Nukilan NHMN

Saturday, February 16, 2013

REZEKI DARI ALLAH…


Assalamualaikum and hye guys!

I wanna share with you something… Seriously, Sem 5 adalah Semester yang paling tough bagi aku. Why?? Sebab Semester 5 adalah semester yang terakhir untuk belajar sepanjang degree nie. After this, Sem 6 aku dah praktikal. So, this is the final I went to class.  Sem 5 juga adalah semester yang paling banyak subjek untuk final dan paling maximum credit hours! Boleh dikatakan semua PALING lah SEM 5 nie. But, Thank GOD! Alhamdulillah aku dapat lalauinya dengan tabah dan cekal. Segala cabaran aku cuba tepis and setiap kali kalau aku stress, aku hanya mampu mengadu pada Allah.. Itulah pengubat ketenangan yang paling mujarab sekali selain daripada share with my family and friends.

Sem 5 aku ambil 7 SUBJEK! Yess! 7 yer uolls. Dan ketujuh tujuh subjek tu pun ada final paper. Before this, kalau aku ambil 7 subjek, 5 final dan 2 tak final. Tapi, sem nie fuhhh semua final. Dan kalau nak tahu sem ni juga lah sem yang paling lama aku exam. Boleh dikatakan sebulan jugak lah. Start daripada first date final exam dekat UiTM hinggalah last date final exam. Ahaaa, dan setiap satu subjek ke satu subjek hanyalah mempunyai jarak 2 atau 3 hari. Dan second and last paper tue jaraknya hanyalah sehari. Can you imagine??

Selama sebulan aku kena mengadap buku! Huhuu… One paper by one paper until last paper! Hmm hanya Tuhan saja yang tahu betapa saat yang mencabar bagi aku lalui as a student. Alhamdulillah berkat kesabaran untuk laluinya tue aku Berjaya tamatkan exam..hahah! Baru Berjaya tamatkan exam bukan dapat result lagi! Huh…So excited walaupun belum tahu result lagi. You know what, setiap kali exam mesti semasa jawab cakap kenapa lah sem nie paper banyak susah.. Really difficult and no hopeless untuk dapatkan DEKAN. Aku doa semoga Allah membantu aku dan kalau ada rezeki adalah. Sampaikan aku rasa nak menangis sebab terasa susah sangat. Time jawab tue pun aku berserah and aku jawab jer semampu aku boleh. Yes I’ve tried my best and always pray to Allah. Hopefully everything is fine. Semua kawan-kawan pun dah start risau, they said yang final kali ni sangat susah.  But, ada juga paper yang senang tapi tak semua lah. Kalau dalam satu subjek tue certain part senang certain part susah. Tapi, yang tu biasa lah. Kalau tak susah bukan namanya DEGREE kan?

For those yang pernah laluinya mesti ada experience yang berbeza sepanjang degree nie. Okeyh, berbalik pada main entry aku kali nie….Sebenarnya aku nak cerita yang segala kesusahan yang aku lalui akhirnya membuahkan hasil walaupun tak lah segempak budak-budak yang top dalam kelas aku. Tapi, Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat and tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Walaupun Impian aku masih belum di genggam tapi Ia sudah semakin hampir. Mungkin rezeki untuk mengenggam impian DEKAN itu belum terlaksana tapi aku bersyukur sangat and unexpected bila aku tengok result semalam.

Yes..Rezeki dari Allah.. Berkat doa my parents, kawan-kawan, adik-adik aku dan aku sendiri Allah memakbulkan doa aku. Aku telah cuba sedaya upaya dan akhirnya membuahkan hasil. Walaupun aku tak berapa nak percaya sebab after exam aku estimate gred apa yang aku mampu capai setelah aku menjawab exam tue. That’s why bila aku tengok result tu balik macam tak percaya. Result Sem 5 lagi tinggi pada result Sem 3 dan 4. Padahal Sem 5 lah paling susah bagi aku dan banyak sangat halangan aku kena tempuh dengan research proposal nya lagi. Tapi, Alhamdulillah Allah memberi rezeki pada aku. Maybe korang baca entry nie seolah-olah aku dah Berjaya mengenggam keputusan yang terbaik kan. Tapi, bagi aku keputusan yang terbaik adalah apabila kita mengenggam kejayaan yang tak pernah kita sangka setelah mengharungi cabaran dan kesusahan selama berada di Sem 5 ni.

Dan hari ini aku terfikir, kenapa semasa di Sem 5 yang susah ini aku mampu Berjaya mencapai result yang paling bagus dari sem-sem yang lain padahal sem 3 dan 4 lagi senang pada sem 5. Mungkin semasa di sem 3 dan 4 aku banyak main dan aku jarang melakukan solat-solat sunat. Tapi, Alhamdulillah di Sem 5 aku cuba untuk melakukan solat-solat sunat terutamanya solat duha, tahajud dan hajat. Yer, semua nie kebesaran Allah sebab apabila hambaNya sentiasa berusaha untuk dekat denganNya maka Dia akan memberi Rezeki dan memakbulkan doa-doa setiap hambaNya. Alhamdulillah….Kalau anda semua tak percaya, cubalah..

Inilah dikatakan REZEKI DARIPADA ALLAH…..Walaupun kita lalui itu sangat sukar tetapi Allah mudahkannya. Dan Manusia akan berkata kita tidak mampu menggapainya tetapi Allah Maha Berkuasa. ‘Kunfayakun’ kalau ia nak jadi maka jadilah ia. Tiada yang mustahil bagi Allah. Semuanya bergantung kepada Dia. Jangan sesekali mencari kenikmatan DUNIAWI sehinggakan melupakan AKHIRAT. 

Pengajaran yang aku nak nyatakan di sini walau berusaha mana kamu sekalipun tapi kalau bukan dengan pertolonganNya maka impian kamu itu tidak akan dapat kamu genggam. Ya, mungkin sem ini rezekiku untuk mendapat DEKAN tidak tercapai tapi aku akur pada Kuasanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi, aku bersyukur sangat dengan pemberianNya yang cukup membuatkanku tersenyum dengan segala cabaran yang ku lalui selama berada di semester 5 ini.

Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Walaupun semester 5 aku tak Berjaya mengenggam DEKAN tapi Alhamdulillah semester 6 masih ada. Hehe, Semester 5 bukan penamat bagi degree cuma penamat bagi pembelajaran aku di kuliah. Semester 6 aku sudah praktikal dan sambil itu aku perlu menyiapkan research aku. Itulah adalah subjek yang paling penting untuk menamatkan degree aku dan mungkin ianya akan memberi cabaran yang baru bagi aku. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Dan semoga rezekiku untuk mengenggam impian itu terlaksana di Sem 6. Aminnn…

Kepada anda semua, percayalah walau sesibuk mana kita sekalipun sama ada untuk Berjaya dalam pelajaran mahupun pekerjaan tetapi sentiasalah dekat denganNya. Sebagai umat islam kita wajib melaksanakan perintahNya dan ditambah dengan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan untuk menambahkan keimanan kita kepadaNya… Aku berpegang pada Doa ini:









Wallahualam….

P/s: Tahniah kepada kawan-kawan ku yang Berjaya memproleh keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga pada adik aku kerana Berjaya memproleh DEKAN….Aku tahu kau pasti mampu dan kau sudah memberi kegembiraan kepada mama dan abah walaupun aku tidak mampu lagi untuk memprolehnya.. Tapi, percayalah aku pasti akan berusaha…. :)

Tuesday, February 5, 2013

Hanya Dia.....

Kamu.......
Di kala saat ini aku tak pernah pernah berhenti mengingati mu.
Tapi aku tahu siapa diri ku.
Ku tak layak untuk kamu.
Walau bermacam cara aku cuba untuk mendekati kamu.
Tapi semuanya hampa.

Kamu tetap dengan pendirianmu.
Aku tahu....Aku tak layak untuk mu.
Kamu punya segalanya.!
Peribadi yang mulia, beriman, rupa paras yang sempurna dan kerjaya yang tinggi.
Semua orang mengidamkan kamu.. 
Aku tahu itu......

Sebab itu di kala saat ini aku berkata pada diriku.
Aku memang tak layak untuk kamu.!
Padan la dengan diriku ini yang serba kekurangan.
Hmmm...

Ya Allah hanya padaMu ku bersujud.
Hanya padaMu aku meminta.
Berilah yang terbaik untuk hamba Mu ini.
Hanya Engkau satu-satunya yang aku paling cintai.
Walau semua orang tak pernah memandangku sekalipun.
Tapi Engkau tak pernah jauh dari hamba-hambaMu ini.

Cuma......
HambaMu ini mudah alpa dan lalai dari mengingatiMu.
Semoga kita tak pernah jauh dari Dia....
Hanya DIA... Yang SATU...


p/s: Sorry guys...Berkurun lama aku mendiamkan diri bukan kerana aku lupa akan entry ku disini. Tapi, kekangan waktu yang membuatkan ku tidak dapat terus berkarya di sini.. InsyaAllah bila ada waktu aku pasti akan update blog ku ini.. Thank you for visiting my blog! :)

PesananPenaja: Sajak di atas tiada kena mengena dengan penulis ok? hahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...