Tuesday, September 4, 2012

Nunu pergi buat selamanya......

Assalamualaikum guys...

Hari nie hari yang amat sedih bagi aku bila haiwan kesayangan aku pergi buat selama-lamanya.. Actually, beberapa bulan yang lalu aku ada pelihara kura-kura. Tapi, hari ini seekor dah mati dan nama dia Nunu.. Tinggal lah seekor lagi iaitu Nana. Tak tahu nak cakap apa bila terkenangkan Nunu nie.. Hmm... T_T
Nunu mati pagi tadi. Baru jer aku cadang hari ini nak bawa Nunu pergi klinik haiwan tapi tak sempat, Nunu dah tak dapat nak bertahan lagi dah. Selama seminggu Nunu tak nak makan. Mula-mula pelik jugak, ingatkan dia hilang selera makan untuk beberapa hari tapi bila hari-hari tengok perubahan Nunu rupanya dia sakit. Aku pun tak tahu la dia sakit apa, tapi ada something dekat tekak dia tue sehingga menyebabkan dia selalu ternganga seolah-olah nak muntah. 

Aku sangat rapat dengan Nunu sebab masa mula-mula beli tue Nana dia tak berapa nak aktif so, aku selalu main dengan Nunu. Nunu seekor kura-kura yang sangat aktif dan kuat makan. Tapi sejak seminggu yang lalu  perubahan Nunu amat ketara sekali. Before nie Nunu lagi kuat makan daripada Nana. Setiap kali bagi makan dekat Nunu mesti 4 atau 5 biji palette khas untuk kura-kura. Kadang-kadang makanan yang diberi kepada Nana pun dia nak ambil. Geram jugak aku tengok telatah dia sebab selagi tak kenyang selagi tue dia nak makan. Haisyh, and i'm still remember since my sis buy Nunu, dia tak pandai nak telan tapi suka hancurkan makanan tue sehinggalah dia besar sikit dia dah pandai telan makanan tue. Daripada Nunu yang kecil sebesar duit syiling 20 sen hinggalah melebihi besar duit syiling 50 sen. (Duit syiling yang lama)

Dulu aku selalu spent time dengan Nunu........Aku selalu tidurkan Nunu especially bawa tidur atas katil aku. Aku jugak bawa Nunu kuar dari aquarium dia sebab nak bagi dia bebas jalan kat luar. Hmmm, tapi sekarang Nunu dah tiada.....Nunu's already gone now! Since semalam la aku tengok Nunu dah semakin lemah and aku cakap kat Nunu bertahan lah sehingga hari nie sebab Mama cakap nak bawa Nunu pergi Pejabat Haiwan tue. Before nie, aku tak tahu pulak pejabat haiwan tue boleh bagi rawatan dekat haiwan macam klinik haiwan and semalam baru aku tahu dari kawan aku tapi segalanya dah terlambat...... :(

Sebak sangat bila ingat pasal Nunu nie. Nunu seolah-olah faham bila aku cakap dengan dia. Walaupun dia hanya haiwan tapi sebenarnya dia faham bila tuan dia bercakap dengan dia. Yang paling sedih, aku tengok keadaan Nunu sebelum dia meninggal pagi tadi. Aku bangun sahur tadi, and aku tengok Nunu mata dia terbukak malah aku terfikir Nunu nie tak tidur ker. Then, aku angkat dia aku nampak dia macam dah lemah. Aku bersahur dulu, selepas itu aku terdengar bunyi macam Nunu memanjat nak keluar dari akuarium tue tapi bila aku pergi jer Nunu dah terbalik. Aku angkat dia semula letak elok-elok tapi dia sangat lemah. Dan aku sangkakan dia dah mati tapi tiba-tiba dia menggelapar. Terkejut jugak aku bila dia macam tue, selapas tue dia seolah olah pengsan balik tapi mata dia dah tertutup sikit and tak berkelip langsung dah. Aku tunggu punya tunggu sehinggalah aku pergi solat subuh aku tengok dia terbalik lagi and aku angkat dia balik. Time tu tak tahu nak cakap ape dah aku berharap sangat Nunu dapat bertahan tapi dia macam tak dapat bertahan dah. Dia terjaga lagi then dia pengsan balik. Aku sedih sangat time tue tengok keadaan dia. Dan Abah aku cakap dia memang nak mati dah sebab tue dia jadi camtue. Mungkin time tue dia tengah melawan kesakitan yang dia alami.

Hmm, aku pun tidur lah sekejap sebab mengantuk sangat dan aku berdoa sangat Allah panjangkan umur Nunu lagi. Sehinggakan dalam tidur pun aku termimpikan Nunu yang Nunu dah sihat semula selepas pergi klinik. Tapi, bila sedar..........................................Keadaan sebaliknya. Aku tengok Nunu dah keras dalam bekas tue and aku tanya mamaku. Dia cakap Nunu dah tak bergerak dari tadi. 
Dan akhirnya..............................Nunu pergi buat selama-lamanya! Sehingga sekarang aku masih sedih bila teringatkan Nunu. After this, no more Nunu! Nunu yang aktif dan kuat makan! T_T

Walaupun Nunu tue haiwan tapi dia tetap makhluk Allah.. Tak tahu aku nak luahkan macam mana tapi sangat sedih bila kita kehilangan sesuatu yang paling kita sayang tambah-tambah lagi bila dia menderita dan mati depan mata kita. Kadang-kadang terasa berdosa sangat dengan Nunu but I've tried my best to take care Nunu but Allah lebih menyayanginya. Aku masih ingat lagi semalam aku ambil Nunu and aku perhatikan dia. Aku tengok mata dia berair and macam menangis aku tak tahu kenapa. Maybe dia menahan sakit tapi hari nie aku dah tak dapat tengok Nunu yang semalam lagi.



Time nie Nunu sihat lagi. Aktif sangat sampai bawa dia balik kampung and pergi KL.

Tapi sekarang.......Nunu dah takdek! Dia dah tak bergerak langsung. T_T
Aku tak dapat melihat Nunu membesar dan terus membesar lagi. *Tears*
Hanya 3 bulan mampu menjaga Nunu.

Tinggal lah Nana sorang-sorang and tiada teman lagi.

Keadaan Nunu dan Nana diasingkan sebab Nunu sakit. Gambar nie baru diambil tadi selepas Nunu dah takdek.

I LOVE YOU SO MUCH NUNU & I"M GONNA MISS YOU!!

Thursday, August 30, 2012

The Next Day Raya.. (2nd Raya)

Assalamualaikum guys......

Okeyh I will continue my last entry "Riang Ria Raya di Kampungku". Heee... There, I will share some activities that we have make it in day two raya.. Huhu..

Pagi raya, macam biasa kami semua siap-siap nak pergi beraya rumah sedara mara belah abah.  Every year, memang jadi tradisi our family untuk menziarah dari rumah ker rumah sedara mara belah Tok wan dekat Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa. Lagipun, diorang pun selalu buat rumah terbuka raya ke dua.. Huhu...

This time dekat rumah my aunty, sempat lagi snap pic. Huhu..
Tapi, nie jer la. yang lain tak sempat! Balik rumah tok wan baru la sibuk nak snap gambar lagi. Hehe :)





okeyh nak buat ala-ala model gitu.haha

Candid-candid like magazine. 






3 Sedara, sama umur!

She's my close cousin!

Okeyh sampai sini all the photos nie my cousin ambil dari DSLR dia. Then, yang bawah-bawah nie from my phone. Credit to Ashraf coz take the best photo. hee










And the best thing is bila dapat jumpa kawan lama dari sekolah rendah!

Kami tak jumpa around 5 years jugak la.
At last, dapat jumpa dia.. And now she's gonna be a doctor.
She's studied at Ukrida, Jakarta. That's why susah sangat nak jumpa dia nie. Huhu =)

Me With Qilah.


Oritez, I think that's all my story about last raya. hehe, hopefully all of you enjoy reading my entry. Keep viewing my blog okeyh. Much love xoxo <3



Wednesday, August 29, 2012

Riang Ria Raya di Kampungku!

Assalamualaikum readers!

Hari ini dah hari ke-11 kita menyambut syawal kan?? Okeyh, I think still not too late if I wanna wish "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN" right? :)

Seminggu yang lepas, umat islam semua menyambut hari raya setelah sebulan kita berpuasa dengan jayanya. Semoga amalan kita semua diterima oleh Nya. And ramai yang sibuk pulang ke kampung halaman, tak terkecuali jugak aku. Aku macam biasa la every year beraya kat Kelantan. Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah kerana masih mempunya Atuk dan Nenek di kedua-dua belah pihak. How about our friends yang tiada kampung or Atuk dan Nenek?? For sure, diorang rasa iri hati kerana diorang semua tidak diberi kesempatan untuk beraya bersama Atuk dan Nenek diorang kan? So, kepada sesiapa yang masih mempunyai Atuk dan Nenek bersyukurlah dan hargailah mereka. Jangan lupa kampung halaman kita.. Huhu :)

Kampung belah Mama kat Bachok and Abah kat Kota Bharu. So, kita orang senang sangat tak perlu nak bergilir-gilir balik kampung jauh-jauh sebab my parents from the same state. Hee, that's why my parents ask me to find husband from the same state. Ahaaa, but I don't think so..hahaha, tak per lah I don't mind mana-mana pun sama kan..Hehe, tapi kalau diberi pilihan maybe nak cari different state kot sebab I love learn from different culture. Hehe, :)

Mama and Abah cakap balik raya senang la satu negeri, tapi bagi aku diorang pun hari-hari kena bergilir-gilir dari raya pertama sampai lah raya ke lima dari Bachok ke KB. Nasib baik lah dekat. Hahah!
Raya Pertama aku kat Bachok then after pagi raya kami sekeluarga ke KB pulak. Alhamdulillah this year I'm really enjoy celebrated Hari Raya with my family especially with cousin, uncle, aunty, grandma, grandpa and my relatives. The best thing is we gathering together! That's why Hari Raya is really meaningful to me. Ahaa~

Tapi, maybe tak sama macam kanak-kanak dulu kot. Haha, why? Sebab bila dah besar or dewasa cara sambutannya berbeza kan. Mungkin kanak-kanak dulu sibuk nak berbaju baru and bermain. Tak terkecuali nak kutip duit raya. Hehe, tapi sekarang bila dah dewasa kita dapat faham apa itu erti raya kan? Duit raya?? Eheemmm still dapat lagi..Haha, tapi takdek la banyak macam kanak-kanak dulu. Huhu, tapi kalau pakcik and makcik bagi boleh tahan la banyak jugak. Haha, sebab diorang keluarga terdekat and rapat so untuk yang dah besar bagi lah lebih sikit. Tapi, bezanya tak ramai la yang bagi macam masa kecik-kecik dulu.. Huhu, cuma yang bezanya dapat banyak duit raya dari pakcik dan makcik. Hehe, nak ambik duit raya tue pun segan kalau bukan family terdekat kita kan.... Sebab, dah besar! Haha, tapi diorang cakap ambil la lagipun bukan kerja lagi kann...hehe, so nak tak nak ambik lar. Rezeki jangan ditolak, betul tak?? Ceh.. ~_~

By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan! Maaf kalau ada salah dan silap selama nie. Huhu, jangan lupa kalau buat open house jemput-jemput lar yer. :P

CANDID DI HARI RAYA (Day 1):


.:My Family, First Raya in Bachok:.

.:Me with my Cousin:.



.:Me with K.bie, my second sis:.


.:Me, the oranges!:.

.:Big Family belah My Abah:.

.:Dua Family tak cukup:.

.:Gelagat anak cucu Haji Abdul Rahman & Hajah Nik Rahmah:.

.:My family, Abah anak ke-3:.

.:Family My Uncle yang ke-2:.
.:

.:Keluarga my Makcik, anak nombor 4:.

.:My Cousin, wakil daripada family first:.

.:Gelagat dari cucu lelaki:.

.:Dua orang cucu lelaki nak interframe jugak, haha:.

.:Haa nie baru cucu perempuan tapi ada yang cukup, weolls wif polka dot:.
(Act, tak janji pun tapi kebetulan. Hee :))



Okeyh finish Day One Raya............

Then, I will continue Day Two Raya pulak.. :)





Tuesday, August 7, 2012

Moment in Cameron Highland...

Assalamualaikum and hye guys....

Entry kali nie aku nak cerita pasal moment in Cameron Highland a few months ago.  Dalam bulan 5 ari tue la my family and I went to Cameron Highland.  Kami berada di sana dalam 2 hari jer, kami pergi time cuti tiga hari. Aku pun tak berapa nak ingat dah cuti apa.. Huhu. Before ni dah pernah pergi tapi this time really enjoy setelah sekian lama tak pergi bercuti kerana masing-masing busy. Aku sangat suka pergi tempat-tempat yang macam itu sebab pemandangan yang sangat cantik. Even most of my friends prefer Genting Highland than Cameron Highland but i think i love this place much.  Maybe diorang semua suka tempat yang banyak permainan and boley fun. But different person have different opinion right? Bila tengok keindahan alam ciptaan Tuhan, tak tahu nak gambarkan macam mana. SubhanAllah sangat cantik and rasa tenang sangat. 
My mom pun suka sangat pergi sana sebab dia boleh borong bunga banyak-banyak haa! heee.. :)

Aku pun suka jugak actually.. Hee, especially roses! OMG adore much roses! That's why when I was in there I have buy roses, yeayy! Hahah..nak tunggu orang bagi tak tahu la bila. :p
Bunga lain pun banyak yang cantik-cantik. Tapi, time tu tak berapa nak sejuk compare dengan aku pergi beberapa tahun yang lepas. Maybe time tu cuaca panas cuma time pagi tu ofcoz la sejuk. 

By the way, wherever you go you must enjoy your moment! It's the precious time that will never come again. :)


Candid Part 1:

Venue: Cameron Bharat Plantations


.:Siblings:.

.:Mama & Abah:.

.:View dari atas:.



.:All Gurl:.


.:I love this house, maybe pemilik ladang nie:.





.:Auw auw dreaming like model haa.. -_- :.









.:Wonderful Waterfall:.





.......................

Continue next part ok :)



originally created by nikon. this time tak dapat nak edit coz lappy have problem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...