Tuesday, September 4, 2012

Nunu pergi buat selamanya......

Assalamualaikum guys...

Hari nie hari yang amat sedih bagi aku bila haiwan kesayangan aku pergi buat selama-lamanya.. Actually, beberapa bulan yang lalu aku ada pelihara kura-kura. Tapi, hari ini seekor dah mati dan nama dia Nunu.. Tinggal lah seekor lagi iaitu Nana. Tak tahu nak cakap apa bila terkenangkan Nunu nie.. Hmm... T_T
Nunu mati pagi tadi. Baru jer aku cadang hari ini nak bawa Nunu pergi klinik haiwan tapi tak sempat, Nunu dah tak dapat nak bertahan lagi dah. Selama seminggu Nunu tak nak makan. Mula-mula pelik jugak, ingatkan dia hilang selera makan untuk beberapa hari tapi bila hari-hari tengok perubahan Nunu rupanya dia sakit. Aku pun tak tahu la dia sakit apa, tapi ada something dekat tekak dia tue sehingga menyebabkan dia selalu ternganga seolah-olah nak muntah. 

Aku sangat rapat dengan Nunu sebab masa mula-mula beli tue Nana dia tak berapa nak aktif so, aku selalu main dengan Nunu. Nunu seekor kura-kura yang sangat aktif dan kuat makan. Tapi sejak seminggu yang lalu  perubahan Nunu amat ketara sekali. Before nie Nunu lagi kuat makan daripada Nana. Setiap kali bagi makan dekat Nunu mesti 4 atau 5 biji palette khas untuk kura-kura. Kadang-kadang makanan yang diberi kepada Nana pun dia nak ambil. Geram jugak aku tengok telatah dia sebab selagi tak kenyang selagi tue dia nak makan. Haisyh, and i'm still remember since my sis buy Nunu, dia tak pandai nak telan tapi suka hancurkan makanan tue sehinggalah dia besar sikit dia dah pandai telan makanan tue. Daripada Nunu yang kecil sebesar duit syiling 20 sen hinggalah melebihi besar duit syiling 50 sen. (Duit syiling yang lama)

Dulu aku selalu spent time dengan Nunu........Aku selalu tidurkan Nunu especially bawa tidur atas katil aku. Aku jugak bawa Nunu kuar dari aquarium dia sebab nak bagi dia bebas jalan kat luar. Hmmm, tapi sekarang Nunu dah tiada.....Nunu's already gone now! Since semalam la aku tengok Nunu dah semakin lemah and aku cakap kat Nunu bertahan lah sehingga hari nie sebab Mama cakap nak bawa Nunu pergi Pejabat Haiwan tue. Before nie, aku tak tahu pulak pejabat haiwan tue boleh bagi rawatan dekat haiwan macam klinik haiwan and semalam baru aku tahu dari kawan aku tapi segalanya dah terlambat...... :(

Sebak sangat bila ingat pasal Nunu nie. Nunu seolah-olah faham bila aku cakap dengan dia. Walaupun dia hanya haiwan tapi sebenarnya dia faham bila tuan dia bercakap dengan dia. Yang paling sedih, aku tengok keadaan Nunu sebelum dia meninggal pagi tadi. Aku bangun sahur tadi, and aku tengok Nunu mata dia terbukak malah aku terfikir Nunu nie tak tidur ker. Then, aku angkat dia aku nampak dia macam dah lemah. Aku bersahur dulu, selepas itu aku terdengar bunyi macam Nunu memanjat nak keluar dari akuarium tue tapi bila aku pergi jer Nunu dah terbalik. Aku angkat dia semula letak elok-elok tapi dia sangat lemah. Dan aku sangkakan dia dah mati tapi tiba-tiba dia menggelapar. Terkejut jugak aku bila dia macam tue, selapas tue dia seolah olah pengsan balik tapi mata dia dah tertutup sikit and tak berkelip langsung dah. Aku tunggu punya tunggu sehinggalah aku pergi solat subuh aku tengok dia terbalik lagi and aku angkat dia balik. Time tu tak tahu nak cakap ape dah aku berharap sangat Nunu dapat bertahan tapi dia macam tak dapat bertahan dah. Dia terjaga lagi then dia pengsan balik. Aku sedih sangat time tue tengok keadaan dia. Dan Abah aku cakap dia memang nak mati dah sebab tue dia jadi camtue. Mungkin time tue dia tengah melawan kesakitan yang dia alami.

Hmm, aku pun tidur lah sekejap sebab mengantuk sangat dan aku berdoa sangat Allah panjangkan umur Nunu lagi. Sehinggakan dalam tidur pun aku termimpikan Nunu yang Nunu dah sihat semula selepas pergi klinik. Tapi, bila sedar..........................................Keadaan sebaliknya. Aku tengok Nunu dah keras dalam bekas tue and aku tanya mamaku. Dia cakap Nunu dah tak bergerak dari tadi. 
Dan akhirnya..............................Nunu pergi buat selama-lamanya! Sehingga sekarang aku masih sedih bila teringatkan Nunu. After this, no more Nunu! Nunu yang aktif dan kuat makan! T_T

Walaupun Nunu tue haiwan tapi dia tetap makhluk Allah.. Tak tahu aku nak luahkan macam mana tapi sangat sedih bila kita kehilangan sesuatu yang paling kita sayang tambah-tambah lagi bila dia menderita dan mati depan mata kita. Kadang-kadang terasa berdosa sangat dengan Nunu but I've tried my best to take care Nunu but Allah lebih menyayanginya. Aku masih ingat lagi semalam aku ambil Nunu and aku perhatikan dia. Aku tengok mata dia berair and macam menangis aku tak tahu kenapa. Maybe dia menahan sakit tapi hari nie aku dah tak dapat tengok Nunu yang semalam lagi.



Time nie Nunu sihat lagi. Aktif sangat sampai bawa dia balik kampung and pergi KL.

Tapi sekarang.......Nunu dah takdek! Dia dah tak bergerak langsung. T_T
Aku tak dapat melihat Nunu membesar dan terus membesar lagi. *Tears*
Hanya 3 bulan mampu menjaga Nunu.

Tinggal lah Nana sorang-sorang and tiada teman lagi.

Keadaan Nunu dan Nana diasingkan sebab Nunu sakit. Gambar nie baru diambil tadi selepas Nunu dah takdek.

I LOVE YOU SO MUCH NUNU & I"M GONNA MISS YOU!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...