Dia datang bersilih ganti.
Aku cuba untuk tidak mudah menyukai seseorang tapi aku tewas. Walaupun aku pesan pada diriku bahawa jagan
pernah jatuh cinta pada yang bukan milikku.. Tetapi, sehinggakan hari ini aku
tetap mudah ‘menyukai’ seseorang itu.
Mungkin ‘menyukai’ itu bukan ‘menyintai’ tapi ia cukup menunjukkan
bahawa aku mudah berminat atau kata lain tertarik dengan seseorang itu. Aku tak pinta untuk jadi begini tetapi ia
datang apabila seseorang yang aku suka itu mempunyai ciri-ciri yang aku cari. Aku
berdoa kepada Allah semoga rasa ini ada kerana dia adalah Jodohku atau rasa ini
akan hilang jika dia bukan Jodohku..
Aku tak nak kecewa. Kecewa
dengan diri sendiri. Kerana tiada siapa
yang akan mengerti perasaan ini. Dia tak
pernah kecewakanku tapi aku yang kecewakan diri sendiri. Kenapa? Sebab dia tak pernah tahu atau sedar
akan kehadiranku atau dengan kata lain juga dia tak pernah rasa apa yang aku
rasa. Hanya aku yang merasai semua
ini. Tapi aku bersyukur pada Tuhan
kerana setiap pertemuan itu dapat mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan untuk
mengenali seorang lelaki. Cuma kadang-kadang
aku rasa sangat kecewa dengan diri ini kerana dalam diam aku menyimpan satu
perasaan. Satu perasaan yang tak dapat
di ungkapkan dengan kata-kata. Perasaan itu
hanya mampu di luahkan kepada Yang Maha Esa.
Setiap hari aku mengambil tahu akan perihal dirimu. Dan setiap hari juga aku bersemangat dengan
kata-kata itu. Cuma…….. Hanya dia yang
tak pernah mengenaliku siapa. Aku cuba
untuk mendekatinya tapi hampa.
Mungkin aku patut sedar Cinta Alam Maya tak akan ke
mana. Kerana ia akan sukar untuk bertemu
jika takdir tidak menyebelahi aku. Ya, aku pernah lalui semua itu. Dan sekali lagi aku melalui ini. Hmm, dan aku dapat jangkakan yang
pengakhirannya mungkin seperti apa yang aku pernah lalui dulu. Pengakhirannya juga semakin hampir kepada
titik noktahnya.
Kamu….Aku tahu kamu telah berjumpa dengan seseorang yang
kamu cari. Mungkin dia milik kamu. Dah lama kamu menunggu dia dan sekarang
mungkin tiba masanya Allah mempertemukan kamu.
Mungkin aku dan Dia tiada jodoh. Kalaulah
aku dan dia punya jodoh, dah lama dia
akan sedar akan kehadiranku. Walaupun kami
tak pernah bersua. Sebab apa yang aku
lalui ini terjadi kepada dia dan seseorang yang dia suka. Masing-masing punya tindak balas dan
reaksi. Jadi, mana mungkin perhubungan
itu tidak akan berlaku. Ok untuk
menyedapkan hati aku, aku membayangkan selepas ini mereka akan bersama dan
hinggalah ke jinjang pelamin. Kalau itu
yang berlaku, aku tumpang bahagia. Bahagia
untuk kamu kerana sekian lama kamu menunggu zaujahmu. Setiap hari kamu meluahkan kata-kata cinta di
ruang itu dan akhirnya zaujah itu muncul dalam hidupmu.
Dear girl, you are so lucky to get this guy. Because this guy are waiting you for a long
years. I hope both of you will happily
together because your background’s almost same.
Oritez same? Yes sebab latar belakang mereka hampir
sama. Dan aku? Sangat-sangat berbeza. Padanlah dari awal lagi semua ini dapat ku
jangkakan. Tapi aku tak menyesal dengan
semua ini kerana aku percaya apa yang aku rasa ini semuanya kerana Allah. Jadi Allah memberi peluang untuk aku
merasakan satu perasaan dalam hati ini dan meluahkan hanya kepada Dia. Hanya Dia yang mengetahui
segala-galaNya. Dan dia jugalah yang
Mengetahui adakah kamu milikku atau sebaliknya.
Tapi daripada pandangan dan jangkauan kasar aku yang kamu mungkin bukan
milikku. Cuma sekarang ini aku berserah
pada Yang Esa. Semoga Dia memberi yang
terbaik buat hambaNya ini.
Kepada ‘Kamu’…… Aku
harap kamu bahagia dengan si Dia yang kamu suka. Aku akan sentiasa berdoa untuk mu walaupun
kamu tak pernah tahu siapakah aku. Aku harap
Allah sampaikan apa yang tersirat di hati ini walaupun bukan sekarang tapi
mungkin esok, lusa atau tahun-tahun yang akan datang. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa. Aku akan simpan rasa ini di dalam lubuk
hatiku dan aku berdoa semoga ada lagi ‘Klon Kamu’. Hahahah :P
JODOH ITU PENUH KEUNIKAN.
APABILA SEMAKIN DIKEJAR, SEMAKIN DIA
BERLALU PERGI.
APABILA KITA HANYA MENANTI, USAHKAN
HADIR, BAYANGNYA JUGA BELUM PASTI.
KADANGKALA, ANTARA JODOH DAN NAFSU, KITA
SERING TERKELIRU.
ADAKAH DIA JODOH DITUNGGU, ATAUPUN DIA
SEKADAR MENYAPA SAMBIL BERLALU.
KADANGKALA HADIRNYA TIDAK DISANGKA.
DIA RUPA-RUPANYA, JODOH UNTUK KITA.
RENCAM JODOH, MANISNYA DAPAT MENDAMAIKAN
HATI, PAHITNYA DAPAT MENGHANCURKAN DIRI.
MISTERINYA DIA, HANYA TUHAN MAHA
MENGETAHUI.
APABILA DI MENYAPA, JODOHKAH NAMANYA…….
-petikan dari buku “Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya” ,
Sakinah Salleh-